Wednesday, May 27, 2009

Kump Gendang Silat Sekawan Bintang





Pertandingan silat peringkat sekolah-sekolah di KL telah berakhir dua minggu lalu. Masing-masing membawa pulang pelbagai pengalaman dan pandangan apabila sesuatu pertandingan berakhir. Begitu juga dengan pasukan gendang silat dari SMK Cheras dan SMK Wangsa Maju (Sek.2) yang mengiringi pasukan masing-masing. Di bawah bimbingan sdr Shahrul, kedua-dua pasukan berjaya menjadi juara dalam katogeri masing-masing; iaitu dalam permainan gendang silat dan lagu tempatan. SMK Wangsa Maju, meskipun baru berusia 3 bulan, tapi sudah menunjukkan bakatnya menjuarai katogeri lagu tempatan. Kedua-dua pasukan gendang terpilih untuk menjalani latihan pusat yang akan diadakan di Pusat Ko-Kurikulum di Titiwangsa. Namun pemilihan akan dibuat berdasarkan prestasi sewaktu latihan kelak.

Semoga muzik gendang silat bertambah marak di bumi KL pada masa akan datang. Kepada tenaga pengajar, sdr Shahrul, KGGK mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengembangkan lagi serta meneruskan perjuangan untuk mengekalkan dan mengembangkan permainan warisan orang Melayu kita. Mudah-mudahan PIBG KL membuka mata untuk melihat perkembangan ini dari sudut yang positif. Amin. Kepada para penggendang muda, sekalung tahniah diucapkan!

6 comments:

Anonymous,  May 29, 2009 at 1:29 AM  

terima kasih byk sdr penulis ... insya allah ... sama2 la kita pakat2 buat ...


p/s - takkan terima kasih jer kot .. hadiah tak dak ker .. kah kah kah .... hik hik hik ...

Gemala Kasturi May 29, 2009 at 12:29 PM  

Nak ABC, mai Cheras, saya belanja ... hehehe

Anonymous,  May 29, 2009 at 4:06 PM  

tak main la ABC ... takdak class ... hik hik hik ....

pappriq alkepon,  May 29, 2009 at 7:26 PM  

aa..dia tak mau..saya ganti ekk..muahahahahaa

Anonymous,  June 1, 2009 at 12:43 AM  

aik .. tak malu nak amik org punya ... hik hik hik ...

MARIO June 2, 2009 at 10:21 PM  

halo bro tempek ler video...bulih la sama2 tgk lagu mana....

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP