Laporan 15/11/08 - Di Balai Seni Lukis Negara


Aksi 3 serangkai ...
Tepat jam 5 kami sudah berada di Laman Santai tersebut untuk sound check tapi sudahnya kami hanya berehat kerana pihak sound sistem baru sampai sedang sibuk memasang wayar dan gajet mereka di sana-sini. Jam 6 lebih kurang barulah sound check dapat diadakan. Tapi kami berterima kasih sangat pada pihak mereka kerana mikrofon yang dibekalkan pada kumpulan amat memuaskan hati.
Tidak sempat saya bertanya dari mana mereka itu. Sesudah magrib, kami pub bertukar pakaian, ibarat kepompong yang bertukar menjadi rama-rama yang cantik ... chewahhh ....
Persembahan pada malam tersebut dikendalikan oleh pelawak dan penghibur tanah air yang tidak asing lagi, Imuda. Pada asalnya Sharifah Shahira yang akan menjadi MC tapi entahlah, Imuda akhirnya yang berceloteh dari mula sampai akhir. Persembahan pertama adalah kumpulan kami. Selesai lagu 'Cinta Sayang' hati saya lega tak terkira. Kemudian diselang-seli dengan persembahan karaoke, Pak Pandir, kumpulan menari dan beberapa persembahan lain yang tidak kurang menariknya.


Terima kasih juga saya kepada rakan2 dari Kapasitor dan rakan2 ahli gendang yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis tersebut. Saya fikir ini juga adalah satu semangat buat kami yang bermian terutama apabila menghadapi audiens yang kurang memberikan respons. Apabila ditanyakan kepada pihak penganjur - jawapannya : persembahan sebelum ini hanya melibatkan artis-artis ternama, jadi mereka hanya duduk tanpa sebarang penyertaaan. Tapi kali ini, BSLN menampilkan sesuatu yang berlainan. Waullahua'lam.
p/s : Terima kasih pada abg Zizi, Alang, Alif dan Amin yang turut hadir.
Juga kepada Geng Kapasitor! - Jangan serik datang majlis yang kami sertai ...
- Dapat berkenalan dengan grup magician Hasanul dan Megat de Abonation
Juga kepada Geng Kapasitor! - Jangan serik datang majlis yang kami sertai ...
- Dapat berkenalan dengan grup magician Hasanul dan Megat de Abonation
Bersama Pak Pandir

2 comments:
tahniah diatas persembahan tu...anyway pengalaman lebih utama selain dari duit..kerana pengalaman adalah guru yg tak pernah menipu kita....
moga pengalaman ini akan membuka pintu rezeki. insyallah....
Post a Comment