Laporan 16/11/08 - Dewan Merak Kayangan
Seawal pagi lagi kami sudah tercatuk di dewan tersebut. Mengenangkan janji penganjur yang akan memulakan rehesel seawal jam 9 pagi. Akhirnya kami keletihan sahaja berada di situ. Penganjur tidak nampak batang hidung. Lewat jam 11.30 barulah penganjur muncul dengan mengatakan bahawa keretanya adalah masalah pagi tersebut. ; ) Disebabkan kelambatan tersebut, adik-adik dari Pak Ngah Productions memulakan latihan dan rehesel mereka. Sementara kami melopong untuk beberapa ketika.
Namun rehesel dijalankan juga, dengan mengangkat tandu serta diiringi ala-ala pengawal berserta dengan iringan kompang di separuh perjalanan. Kemudian disambut pula dengan paluan gendang silat. Sayang tiada gambar ketika majlisnya benar-benar bermula; kerana saya meniup serunai dan kebetulan cikgu Ramli lupa untuk membawa kameranya. Hanya ada beberapa shot yang saya ambil untuk kenang-kenangan sahaja.
Apabila majlis sebenarnya berlangsung, barulah tampak kemeriahannya yang sebenar. Majlis bermula dengan bacaan berzanji serta selawat ke atas junjungan Rasul kita. Jam 12.45, majlis pun bermula. Perarakan masuk 3 orang budak yang akan dikhatankan serta paluan kompang. Kemudian kami menyambut pula, kemudian disusuli pula dengan sembah tari dan tempur pasukan Seni Silat Gayong Malaysia. Kemudian kami berhenti seketika untuk memberi laluan pada live band yang hadir. Majlis berjalan dengan selang-seli dengan mereka.
Lewat jam lebih kurang jam 2 ptg, majlis berakhir dengan tarian poco-poco? Hehehe .... Hari tersebut benar-benar menguji kesabaran kami. Kelewatan pihak penganjur ini semacam (bukan semua) menjadi trend pula di KL ini. Sebab kami dimaklumkan sehari sebelum tersebut, mengatakan bahawa bonda Tuanku akan turut hadir ke majlis tersebut. Kemudian dikhbarkan juga bahawa pihak media akan datang. Saya tersenyum sendirian mengenangkan itu semua.
1 comments:
Salam..
Ingin saya bertanya sedikit ya..
Saya mewakili organisasi Makan Malam untuk Fakulti Farmasi,Universiti Kebngsaan Malaysia ingin bertanyakan beberapa soalan :-
1)Pada 20 Mac 2010 adakah pihak Tuan lapang jika kami memerlukan pihak Tuan untuk mengadakan persembahan untuk Malam Dinner kami?
2)Berapakah bayaran yang dikenekan untuk persembahan daripada pihak Tuan?
3)Dengan siapakah pihak kami harus berhubung untuk bertnyakan ttg hal-hal berkaitan?
Kerjsama dari pihak Tuan adalah amat pihak kami hargai.
Sekian,Terima kasih.
Post a Comment