Laporan Pertandingan Gendang Silat di Kelantan 07
- Gambar pasukan gendang silat SMK Cheras yang mewakili muzik Kontijen Silat - berlatih di Pusat Ko-Kurikulum di sebelah Tmn Tasik Titiwangsa
Entri ini khusus utk pasukan gendang silat SMK Cheras yang dianggotai oleh Mohd Asyraf, Mohd Ikhmal, Anuar dan Syahiwan - pelajar tingkatan 1. Dua minggu bukanlah satu masa yang panjang bagi seseorang pemain gendang dan serunai untuk menjadi mahir, apatah lagi tidak pernah membuat sebarang persembahan. Tapi alhamdulillah, berkat tekun dan kesabaran mereka, kontijen KL berjaya mendapat tempat ke-9 dari 16 buah negeri yang bertanding. Berbanding dengan tahun2 sebelumnya hanya mendapat tempat terakhir. Meskipun masih baru - semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan selama berlatih dua minggu di Pusat Ko-Ku. Kami sedikit risau kerana kejohanan ini bertaraf antarabangsa dengan adanya jemputan dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Sementelah saya pula tidak dapat mengiringi mereka ke Kelantan, hanya Shahrul sahaja yang ke sana dan laporan sangat memuaskan hati saya. Pertandingan gendang silat di peringkat sekolah terbahagi kepada 2 ketogeri iaitu - Gendang Silat Baku dan Muzik Tempatan. Pada peringkat tempatan pula kontijen KL mendapat tempat ke-13, masih bukan yang terakhir. Secara keseluruhan kami brepuashati dengan prestasi, semangat, disiplin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh keempat-empat mereka meskipun agak baru dalam dunia pertandingan dan pergendangan Melayu. Tahniah kami ucapkan kepada mereka dan kontijen KL yang memberi kepercayaan kepada kami untuk melatih mereka.
KL Boleh!
Serunai - Mohd Asyraf, Gendang Ibu - Anuar, Gendang Anak - Ikhmal, Gong - Syahiwan.
Read more...
KL Boleh!
Serunai - Mohd Asyraf, Gendang Ibu - Anuar, Gendang Anak - Ikhmal, Gong - Syahiwan.