Monday, July 16, 2012

Semalam Di Klang : 15.7.12

Gambar kenang-kenangan

Kump Gendang Silat Tari Harimau

Sebelum dari itu, kami sudah menerima sms dri Sdr Hasbullah, menjemput untuk majlis penangguhan latihan silat dan gendang. Pada mulanya, tidak berani untuk berjanji memandangkan ada jemputan di sebelah tengahari. Tapi apabila melihatkan majlis bergendang di Semenyih tamat pada jam 2, kami pergi terus sahaja ke sana dalam jam 4 petang. Setibanya di sana, majlis sudah berjalan, lebih kurang jam 5.30 petang baharu sampai; sesat maaa!

Kami disambut mesra oleh Guru Sulaiman (lebih mesra dengan panggilan Abah Man @ Abah). Kami dijemput makan, namun pemain serunai kami, sdr Khairul sudah standby dan meniup dahulu, sementara rakan lain menjamu selera. Ketika duduk bersama bergendang, sudah tidak ada istilah dari kumpulan mana, semua sama, sama bergendang, sama berpenat, sama berlelah bagi mengiringi orang silat.

Syukur alhamdulillah, kemesraan terjalin dalam 'bahasa' yang tidak mampu diungkapkan oleh perkataan, hanya serunai dan gendang sahaja yang berbahasa indah dan saling berinteraksi. Melihatkan rakan-rakan dan adik-adik bersilat, kami tambah bersemangat. Enggan mengalah dengan kepenatan yang mula mengguyur. Sesudah itu, giliran KGGK untuk bergendang dan mengiringi semua pesilat hingga ke akhir. Tidaklah lama mana kami bermain, tetapi alhamdulillah, dapatlah mengiringi beberapa pesilat serta Abah Man menutup gelanggang.

Senja sudah mula melabuhkan tirainya. Kami menyantap lagi sambil berbual-bual dengan rakan-rakan yang hadir. Sementara rakan-rakan gendang yang lain masih bertabuh. Kami senyum kerana tahu benar perangai orang gendang, selagi tidak puas, selagi itu mereka akan menepuk.

Tidak lama kemudian, kami bergambar sebagai kenang-kenangan, dan lewat jam 7.15 petang, kami beredar ke KL semula dan singgah di rumah Sdr Azam melepaskan cungap. Lewat jam 10 malam, kami beredar.

p/s : Terima kasih kepada Persatuan Seni Silat Tari Harimau yang menjemput kami, terutama Guru Sulaiman dan Sdr Hasbullah. Moga ukhuwah yang terjalin dapat diperpanjangkan lagi dengan izin Allah. Insya-Allah bertemu lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP