Saturday, January 28, 2012

Borang Tempahan @ Undangan @ Jemputan KGGK

1. Sila klik button menu di atas header - yang dibulatkan merah


2. Kemudian page ini akan keluar, dan sila tekan butang
bertulis 'contact us'yang dibulatkan merah


3. Kemudian sila isi borang yang keluar
' menu pop' yang bertulis Borang Tempahan
atau sila klik sini.

Untuk tahun 2012, KGGK mengadakan sedikit pembaharuan bagi memudahkan kepada tuan-tuan yang ingin menempah KGGK untuk bermain. Diharapkan dapat memudahkan semua, terima kasih. Juga sekali lagi, KGGK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menjemput kami bermain sepanjang tahun 2011. Jazakallahu khoiron kathiro.

Read more...

Wednesday, January 25, 2012

KL Muay Thai Challenge 2012 Super 8 Edition International Series


PERLAWANAN KL MUAY THAI CHALLENGE 2012 SUPER 8 EDITION INTERNATIONAL SERIES PADA 27HB JANUARI 2012.

Entri lama KGGK fasal Muay Thai (2009) - klik sini.

Kepada yang meminati irama gendang pun ada. Biasanya ada pasukan yang mengiringi perlawanan ini.

Read more...

Sunday, January 22, 2012

Persembahan Di Cheras Perdana (CP3) : 21.1.12

Persediaan sebelum bergendang

Lebih kurang jam 10.30 pagi, saya beransur dari Negeri Sembilan. Ada jemputan bergendang di Cheras Perdana pula.Harapan saya agar dapat selamat kembali serta sempat menyertai rakan-rakan lain untuk persembahan tersebut. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.45 saya sampai. Tengok-tengok rakan2 KGGK sudah 'sapdek', tak bertangguh saya pun 'kibau' beberapa ketul ayam panggang dan meratah dengan sodap. (maklumkan baru balik dari Negeri Sembilan).

Persembahan bermula ...

Asyik bersilat ...

Jam 12, kami memulakan persembahan. Dengan keadaan tiada kipas dan hangat yang boleh tahan, kami teruskan perjuangan hingga 12.30 dan berhenti untuk memberi laluan kepada pasukan kompang Cheras Perdana.

Kemudian menyambung kembali hinggalah jam 3 petang, kami berhenti. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dan kami bersyukur atas segala keselamatan dan kelancaran majlis dan persembahan kami.

* Terima kasih kepada Encik Mansor (dengan kami lebih mesra dengan panggilan Abang Mansor) yang menjemput kami. Seingat-ingat kami, inilah kali pertama rasanya bergendang di kawasan tempat kami tinggal sesudah 3 tahun kami di sini. Juga terima kasih kepada krew KGGK yang hadir.

Read more...

Apo Kono Eh Jang - Semalam di Negeri Sembilan

Sesi latihan

20.1.12 - Alhamdulillah, malam semalam saya berkesempatan mengunjungi Kump Sanggar Sembilan, di Senawang, Negeri Sembilan. Tidak dirancang awal, cuma ditakdirkan saya memang ke sana untuk mengambil isteri di IPG Raja Melewar (IPGRM) untuk bercuti. Saya memutuskan untuk tidur semalam di sana.

Latihan

Apabila tiba di sana, sempatlah juga saya merayap di sekitar Giant dan menikmati hidangan makanan. Lebih kurang jam 8.30 malam, saya menunggu mereka di depan IPGRM dan terus sahaja ke rumah Sdr Mawlid. Dimulakan dengan sesi beramah-mesra dan diakhiri dengan sesi bergendang dan mengeteh.

Sedar-sedar, jam sudah 3 pagi. Humang aih! Terpaksalah saya beransur kerana ada tugas bergendang di Cheras Perdana (CP3). Ada lapang, Insya-Allah saya sampai lagi di sana.

* Kumpulan Sanggar Sembilan juga memainkan irama Gamelan, Cak Lempong dan menjalani latihan silat serta aktif membuat persembahan kebudayaan di sekitar Negeri Sembilan dan menerima jemputan di mana-mana.

Read more...

Monday, January 16, 2012

Taman Koperasi Polis : 14.1.12

Di atas pentas

Lokasi bergendang

KL dan sekitarannya selalu mengalami perubahan dan pembangunan yang pesat. Ada kalanya, banyak tempat yang kami tidak pernah sampai. Dan kali ini jemputan bermain di majlis perkahwinan - Taman Koperasi Polis. Tapi alhamdulillah, salah seorang ahli KGGK, Cikgu Ramli mengetahui kawasan yang tidak berapa jauh dari kawasan rumahnya di Sentul.

Berbincang dengan DJ bertugas ...

Namun begitu, seawal 6 petang, kami sudah berkumpul di rumah Cikgu Ramli bagi memastikan kami tidak lewat ke lokasi. Terus sahaja tayar bergolek ke destinasi. Seperti biasa, setibanya di sana, Cikgu Ramli bertemu dengan tuan rumah dan berbincangan juga dengan DJ bertugas. Sesudah mengetahui perjalanan majlis, kami solat maghrib dan bersiap-sedia.

Jam 8.00 kami bermain dan berhenti seketika apabila Isya' menjelma. Majlis yang meriah tersebut turut diserikan dengan pasukan kompang yang mengiringi pengantin masuk. Kemudian KGGK sekali lagi mengambil semula suasana apabila pasukan silat mula beraksi. Kemudian pasangan mempelai turun untuk makan, kami bermain beberapa lagu dan berhenti.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar hingga ke akhir. Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami dan ahli KGGK yang hadir.

Read more...

Saturday, January 14, 2012

Latihan Mingguan

Bersama dengan Kump Gendang Sri Tribuana

Read more...

Monday, January 9, 2012

Latihan Bersama Lawi Merah

Gambar Kenangan
Gemala Kasturi, Lawi Merah dan Warisan Tebrau

Gambar Kenangan
Gemala Kasturi, Lawi Merah & Sri Tribuana

Tirai 2012 dibuka dengan menyambut kedatangan Kump Gendang Lawi Merah (Muar, Johor) yang bertandang ke sini untuk menjalani latihan bersama. Alhamdulillah, syukurlah kerana majlis latihan berjalan lancar hingga ke hari sudah. Tapi apa yang lebih menyeronokan, ialah bila dapat menghimpunkan dan menemukan beberapa kumpulan gendang untuk menjalin ukhuwah yang selama ini hanya terjalin di dalam grup FB.

Sesi latihan

Hari kedua latihan, Kump Gendang Warisan Tebrau (Pasir Gudang) kebetulan datang ke KL atas urusan kerja, namun sempat menyinggah untuk bertemu dengan rakan taulan yang ada. Begitu juga, kesempatan yang ada, kami membawa Lawi Merah bertemu dengan Kump Gendang Sri Tribuana (Kajang Utama) yang berlatih pada Ahad petang.

Sdr Mohd Zahir,
peniup serunai utama Kump Gendang Lawi Merah

Hanya lewat jam 9.30 malam, barulah Lawi Merah beransur pulang ke Muar. Sewaktu latihan, peningkatan dan kemajuan yang ditunjukkan agak baik dan semoga diteruskan sepanjang masa. Dan terlebih penting seperti yang dipesan oleh guru-guru, 'bergendang ni nak cari kawan.'

Terima kasih kepada Kump Gendang Lawi Merah, Warisan Tebrau yang hadir dan Sri Tribuana. Semoga ikatan persahabatan berkekalan sampai bila-bila, amin. Dan teruskan perjuangan untuk memartabatkan seni budaya Melayu, Insya-Allah. Juga terima kasih kepada krew Gemala Kasturi yang hadir - Sdr Sharul, Khairul dan Cikgu Ramli.

Read more...

Wednesday, January 4, 2012

Angin Selat Tebrau

Latihan

Alhamdulillah, dapat juga saya sampai ke Pasir Gudang, Johor untuk melihat perkembangan Kumpulan Warisan Tebrau. Hajat untuk ke sana sudah agak lama, baru-baru ini sahajalah diizinkan Allah, syukurlah. Pada 30/12 saya bergerak ke sana dari stesen bas TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Bersama Ijam (Lela Rentaka), kami beransur lebih kurang jam 12.30 tgh dan tiba di sana pada jam 4.30 petang.

Sesi menyembang

Kehadiran kami di sambut oleh sdr Khairul dan dibawa terus minum-minum sebelum ke rumahnya. Malam tersebut kami hanya berbual-bual kosong dan sedikit aktiviti bergendang dijalankan di rumahnya. Jam 4 pagi, baru kami tidur. Esok pagi, jam 9, kami mula berlatih dan bergendang santak ke tengahari. Kemudian, perlahan-lahan ahli Warisan Tebrau beransur pulang kerana komitmen kerja.

Aksi ahli Persatuan Seni Silat Gerak Tepat, cawangan Pasir Gudang

Pada sebelah malamnya, kami dapat menyaksikan latihan silat Gerak Tepat, di mana boleh dikatakan seluruh ahli Warisan Tebrau juga merupakan ahli persilatan aliran ini. Kemudian, kami dibawa berjalan ke kawasan sekitar Pandan City untuk melihat suasana di sebelah malamnya. Kawasan sekitaran di situ tidak ubah seperti Downtown Cheras. Dipenuhi dengan jualan baju, barang permainan dan sebagainya. Untuk seketika kami merasa teruja berada di sana.

Merayap di sekitar kawasan Pandan City

Keesokan harinya, kami beransur pulang ke KL. Tepat jam 2 petang, kami menaiki bas dan kembali ke KL dengan seribu kenangan yang terpahat di ingatan. Insya-Allah kalau tiada apa-apa aral, saya akan ke sana lagi. :)

Laporan dari Warisan Tebrau - klik sini
Laporan dari Ejam, Lela Rentaka - klik sini

Read more...

Monday, January 2, 2012

Foto Sekitar Pertandingan Seni Silat dan Gendang Silat 2011, Terengganu

Banner pertandingan

Wakil Kedah

Wakil Melaka

Permainan Silat Pulut

Wakil Terengganu

Wakil Perak


Paluan gendang dan tiupan serunai dari para pengadil pertandingan

Barisan penggendang

Barisan pengadil pertandingan

Entri lepas tentang pertandingan ini.

Kredit gambar dan maklumat - Sanggar Sembilan (rakan fb KGGK)

Penyertaan :

1) Terengganu (2 pasukan)
2) Pahang (2 pasukan)
3) Perak
4) Melaka
5) Kedah

Tidak menyertai :

1) Kelantan
2) Perlis
3) Johor
4) Kuala Lumpur
5) Sabah
6) Sarawak
7) Labuan
8) Putrajaya
9) Negeri Sembilan

Keputusan :

Johan : Terengganu
Naib Johan : Pahang
Tempat ke-3 : Perak

Tahniah kepada pemenang. Moga permainan gendang silat Melayu kan terus semarak dan subur sentiasa sampai bila-bila.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP