Monday, January 16, 2012

Taman Koperasi Polis : 14.1.12

Di atas pentas

Lokasi bergendang

KL dan sekitarannya selalu mengalami perubahan dan pembangunan yang pesat. Ada kalanya, banyak tempat yang kami tidak pernah sampai. Dan kali ini jemputan bermain di majlis perkahwinan - Taman Koperasi Polis. Tapi alhamdulillah, salah seorang ahli KGGK, Cikgu Ramli mengetahui kawasan yang tidak berapa jauh dari kawasan rumahnya di Sentul.

Berbincang dengan DJ bertugas ...

Namun begitu, seawal 6 petang, kami sudah berkumpul di rumah Cikgu Ramli bagi memastikan kami tidak lewat ke lokasi. Terus sahaja tayar bergolek ke destinasi. Seperti biasa, setibanya di sana, Cikgu Ramli bertemu dengan tuan rumah dan berbincangan juga dengan DJ bertugas. Sesudah mengetahui perjalanan majlis, kami solat maghrib dan bersiap-sedia.

Jam 8.00 kami bermain dan berhenti seketika apabila Isya' menjelma. Majlis yang meriah tersebut turut diserikan dengan pasukan kompang yang mengiringi pengantin masuk. Kemudian KGGK sekali lagi mengambil semula suasana apabila pasukan silat mula beraksi. Kemudian pasangan mempelai turun untuk makan, kami bermain beberapa lagu dan berhenti.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar hingga ke akhir. Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami dan ahli KGGK yang hadir.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP