Aksi Tomoi!
Inilah kali pertama saya bermain serunai untuk kejohanan Tomoi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada hari sabtu malam yang lepas. Seawalnya Un mengatakan bahawa guru kami, Pakcik Din Guai akan turun dari Pahang. Jadi, mula-mula saya hanya ingin berjumpa dengan beliau, tapi serunai saya standby juga. Manalah tahu pakcik menyuruh saya meniup. Kebetulan sdr Azhar Tekpi agak lapang pada malam itu. Petang itu saya menghantar sms bertanyakan samada dia ada kelapangan atau tidak. Terima kasih saya kepada sdr Azhar yang bersusah payah mengambil saya kerana kereta sudah tamat road tax nya.
Alhamdulillah, malam itu sdr Azhar tiba dalam jam 9.30, lebih kurang. Saya menyangkakan bahawa sudah terlambat. Dengan keadaan kesesakan luar biasa di kawasan tasik titiwangsa, saya malas nak fikir samada sudah lewat atau tidak, yang penting dapat berjumpa dengan pakcik Din. Setibanya di stadium, saya tidak terdengar apa-apa kecuali kebisingan lagu-lagu yang mengiringi peserta Tomoi yang masuk ke gelanggang. Tidak bertangguh, saya membeli tiket dan menuju ke tempat gendang.
Wah! Memang bingit sekali dengan suara penyokong-penyokong yang hadir. Sorak-sorai memenuhi suasana. Saya duduk di sebelah pakcik yang berehat sebentar. Tak lama kemudian saya teringat sdr Azhar yang terpaksa memarkir kereta agak jauh. Sms diterima, saya bergegas mencari sdr Azhar, rupa-rupanya dia sudah masuk menggunakan tiket gendang, chis, percuma!
Ketika itu perlawanan ketiga. Saya hanya duduk dan bersembang dengan pakcik apabila perlawanan dihentikan untuk seketika. Dada saya mula berdebar dan badan naik seram sejuk. Dalam hati teringin sekali bermain serunai mengiringi aksi petinju Tomoi pada malam itu. Tapi perasaan gemuruh menguasai memandangkan suasana yang bergegar, juga kerana permainan gendang Tomoi pada malam itu adalah dari aliran gendang Kelantan. Sudahnya saya diam, tapi perlahan-lahan saya membasahkan lidah serunai. Pakcik Din yang faham debaran hati saya, cepat-cepat menggesa saya untuk menggantikan tempatnya dengan alasan beliau ingin ke tandas.
Dada saya duk, dak, duk, dak… Tapi saya bertawakal, alang-alang serunai sudah menghala ke mikrofon, saya tiup sahaja apabila pengaracara mengumumkan ‘langkah sembah’ oleh petinju Tomoi – perlawanan keempat. Jari-jari saya menari di atas batang serunai, melayangkan lagu Tomoi aliran Kedah, meskipun saya menyedari bahawa lagu gendang Tomoi itu adalah dari aliran Tomoi Kelantan. Saya berserah.
Masuk pusingan kedua dan ketiga, hati saya sudah tenang dan mula memahami rentak dan corak permainan gendang Tomoi Kelantan, telinga saya mencari bunyi gong untuk menyelaraskan dan menyesuaikan serunai Tomoi Kedah dan gendang Tomoi Kelantan. Makin lama, makin laju rentak gendang. Tidak sempat saya mengalunkan bunga lagu Tomoi, hanya ambil yang asas dan sesekali sahaja saya sulamkan bunga lagu Tomoi Kedah. Masuk pusingan kelima dan keenam, gendang semakin rancak, sejajar dengan aksi dan langkah peninju yang semakin agresif.
Apabila perlawanan tamat, dapatlah saya berehat seketika. Pusingan keenam alunan serunai berpindah semula kepada pakcik Din. Saya hanya memerhati dan menikmati perlawanan Tomoi. Sesekali lagak gadis yang naik ke pentas sambil memegang kadbod yang bersaiz sederhana mencuri perhatian penonton. Saya senyum sahaja. Semasa berakhirnya perlawanan ketiga, hadiah dan cenderamata diberikan kepada para peserta sebelum perlawanan seterusnya.
Semasa memerhatikan peninju Tomoi menarikan langkah sembah yang menarik, saya terkenang sambil berfikir kenapakah perlawanan silat olahraga tiada mempamerkan seni yang sebegini sedangkan kita mempunyai pelbagai aliran dan tentunya tari silat yang bermacam ragam dan bentuk itu menarik hati. Di Kelantan, pertandingan Silat Jatuh sudah mempamerkan mutu dan persembahan yang jauh lebih menarik dari silat olahraga yang cuma memaparkan aksi silat yang sudah tidak mencerminkan ketinggian mutu dan nilai seni dan estetika persilatan yang cantik dan murni.
Jam sudah menunjukkan angka 12, tapi perlawanan masih diteruskan. Dalam pemerhatian saya, perlawanan kedua terakhir adalah yang paling menarik kerana aksi dan agresif dipamerkan. Tumbukan dan sepakan saling bertukar dan menyulam pula dengan buah-buah Tomoi yang selalu saya perhatikan dalam filem-filem aksi dan purba
15 comments:
cikgu tak pandai tiup serunai,m tapi cikgu lebih suka dengar irama kelantan berbanding kedah
Cikgu aku orang kedah .. haha..tapi ada kebenaran nya.
Malam tu saya duduk belakang kumpulan saudara.
Salam berkenalan.
betul la.bro...irama kelantan dengan kedah ada banyak beza.
yg ni selalu terjadi masa pertandingan gendang sekolah peringkat kebangsaan...masing2 ada aliran..fenin fenin..
apa apa hal...tahniah bro...semoga kita masih beristiqamah dalam hal pergendangan...
Raja Talmizi & Fauzan - yup, masing2 ada cara tersendiri.
Cikgudeen - ya, kita teruskan sampai bila2.
..mmg best wooo mlm tuh..sumanya..dari pnganjur dibantu dgn pemuzik dan peserta serta pmbantu belakang tabir (trmasuk le gdis pemegang kad pusingan gelanggang) dan penonton2nya jugak..dgn disokong pulak oleh penataan cahaya lampu yg menarik..suma2 diorg nih telah brjaya mnjadikan stadium tu seolah2 suatu medan kumite di tanah Siam nuunnn..
..gegak gempita ketika berada didalam tuh..terasa seolah2 prtandingan tuh bkn diadakan di KL..
..hebat sungguh..tahniah utk semua yg dinyatakan di atas (especially pmbantu peninju 2nd last game tuu..team dri Kelantan..dasat tul korang nyee aksi wktu pninju berehat)..
..heheheheheheh..
assalamua'laikum
hehehe..pappriq..pappriq...ada masa juga tu pi lari tengok tomoi... :P
Salam
Saya Faridah dari Majlis Muzik Malaysia perlukan kumpulan gendang untuk persembahan pada 27 Jun 2009. Pls call me at 017 381 8211 tq
..hehe..cikgu Amirul..hari tu saya pi sana naik kereta..tak berlari!!..muahahahahaha..
..dalam sibuk2 keje tuu..nafsu seni dan budaya yang dahaga dalam diri perlu dipenuhi gak tuh sekali sekala..dan acara itu laa buat ratahan mata dan jiwa pada malam tuhh..
..hah..saya tunggu cikgu balik..nanti tahun depan boleh kita santap bersama menonton acara ni..
aik...nonton jer??? takmau masuk bertomoi sekali ker??? hehehe....
awat gendang tomoi kedah(sekarang) slow,tak laju macam gendang tomoi pak din johan yang tersohor tu???
hehe .. syabas sdr penulis ... dapat gak main ngiring tomoi .. heheh ...
Awangnoi > lain orang, lain cara mainnyer ...
anon,memang lain orang lain cara main,tapi bunyi irama gendang tomoi tu sama je..cuma yang skang ni agak slow,kadang kadang dengar pon bley ngantok
Masa pak din main dulu,laju,semangat dengar..budak zaman skang dah tak larat kot,tak cukup zat
Salam, tidak kisah samada laju atau tidak. Yang penting, muzik ini akana terus kekal sampai bila-bila.
emm .. mengantok sbb tn sdr tak paham kot isi kandungan nyer ... kih kih kih ...
best beb tomoi-http://zaimzero.blogspot.com/2011/03/muay-thai-fit-warrior-day-1.html
Post a Comment