Kisah Tok Dalang Muda
News Sunday Times, 4 April 2004
Keratan akhbar ini agak lama saya simpan. Malam tadi semasa mengemas fail, terjumpa keratan akhbar berkenaan Kumpulan Wayang Kulit Anak-Anak Tuah, di bawah pimpinan Pak Teh Mat Khir. Melihatkan warna keratan akhbar tersebut sudah kekuning-kuningan, saya mengambil keputusan untuk mengimbas, dan tentunya untuk paparan pembaca dan rekod kami sendiri.
Kini, kumpulan tersebut sudah tiada. Masing-masing sudah membawa haluan sendiri, semua ahli sudah besar, ada yang menyambung belajar di IPT, ada yang sudah berumahtangga dan tentnnya sudah bekerja. Along, si pemukul gong, kini sudah besar. Cik Ah, peniup serunai (dalam gambar) sudah lama tidak kami ketemu, entah apa kisah agaknya. Rakan sepasukannya, Shikin, kami jumpa sewaktu menghadiri majlis kenduri khatan cucu Tok Saat (penggambaran majalah 3). Semuanya sudah berubah, bak kata pepatah lama, sekali air bah, sekali pantai berubah.
Sila klik imej-imej untuk besarkan saiz agar
dapat dibaca dengan sempurna.
Melihatkan gambar-gambar di atas, betapa kami menyedari
bahawa masa berlari pantas, bagaikan tiada perhentian
untuk melabuhkan lelah ....
dapat dibaca dengan sempurna.
Melihatkan gambar-gambar di atas, betapa kami menyedari
bahawa masa berlari pantas, bagaikan tiada perhentian
untuk melabuhkan lelah ....
2 comments:
alahai...kalo dpt diteruskan lagi...mmg seronok....
KGAR - masa berubah ... moga2 KGAR, KGGK dan mana2 kumpulan gendang tetap utuh sampai bila2 ...
Post a Comment