Semalam Di Malaya - Bersama Johan Ariff

Minggu lepas saya menerima mesej di FB saya. Terkejut saya, kelihatan gambar porfil sdr Johan dah macam Si Buta Dari Gua Hantu (akekeke ...), cuma tak bawa tongkat saja. Kalau tidak, sahih! Apa pun, mesej yang mengatakan beliau akan pindah ke Brunei membuatkan saya terkejut. Aih, merajuk ke orang tua ni? Atau di sana lebih masyuk? Malam tadi, alhamdulillah saya dapat bertemu beliau. Tapi wajahnya sudah bersih, tiada lagi imej rambut panjang ala Ramli Sarip atau janggut memutih yang panjang. Muka bersih je, macam budak baru lepas sunat. (jangan marah aaa Johan).

Walaupun sdr Johan merupakan seorang pensyarah muzik di Yamaha (kena baca : Yang Mahal) Music School, tapi kecintaan dia pada muzik tradisi Melayu masih lagi kuat. Akar tetap dipegang. Muzik tradisi Melayu tetap menjadi sanjungan dan pujaannya, itulah Johan yang saya kenal sejak dulu (walaupun belajar gendang silat sekerat je ...ehehhee). Tetap di hatinya orang Melayu, rasanya .. .rasa Melayu, jiwanya Melayu. Kalau dahulu semasa di ROTTW, beliaulah yang bertanggungjawab mengadakan segmen muzik tradisi, tapi kini sudah tiada lagi. Sudah pupus. Akhirnya beliau kerja sendiri.
Pernah sekali saya mengikuti kelas muzik beliau di Ikano Centre. Mengajar drum kepada beberapa orang pelajarnya yang terdiri daripada beberapa budak Cina dan Melayu. Selain itu, mengajar latin perkusi kepada beberapa orang asing yang berminat. Memang dahsyat bro Johan ni.

p/s : Teringat kami pernah duduk berbincang untuk menubuhkan mini grup untuk persembahan-persembahan kecil tapi tidak berjaya. Namun ada beberapa cadangan nama yang diutarakan, dan yang paling saya ingat adalah ingin menamakan kumpulan kami 'cendayam'! Kami gelak besar ketika itu!
Kisah kedua - saya pernah jamming dengan sdr Johan. Saya bermain serunai, beliau bermain drum dan ada seorang mamat mana entah bermain di studio abang Zainal Abidin. Seronok, saja bereksperimen gabungan muzik tradisi dan moden.
Dari KGGK
Gambar : Cilok dari FB beliau.
0 comments:
Post a Comment