Tuesday, May 18, 2010

Pak Lang Mail

Sumber : di sini

Pertama kali saya berjumpa allahyarham ketika saya baru belajar main serunai dengan Cikgu Ramli. Baru sangat-sangat belajarnya dan dibawa bermain untuk kejohanan sempena hari merdeka (dalam tahun 1998 - 2000, saya sudah lupa tarikh yang tepat).

Apabila melihat sahaja kelibat orang-orang lama bergendang, lutut saya jadi ketar. Hati jadi tak tentu arah. Tambahan pula, melihat allahyarham ada dengan pasukan gendang dan meniup serunai. Lagi bertambah-tambah ketarnya. Sehinggakan untuk memasang nali, saya terpaksa meminta bantuan Wan Adnan (saya panggil 'Dene', PSGFM Cawangan Kelantan) untuk memasangkannya. Tersengih Dene dengan serunai Kelantannya yang panjang, ketika itu.

Dalam hati saya, "Ramainya otai gendang!"

Seterusnya berjumpa di Melaka pula. Tapi disebabkan saya masih baru, tak berani nak berbual dengan allahyarham. Tambahan pula, mengetahui allahyarham seorang guru silat yang mahsyur di Pulau Pinang, lagi tak bercakaplah dengan beliau ketika itu. Tapi kini, semuanya sudah tinggal kenang-kenangan. Sengaja saya abadikan di sini kerana kebolehan beliau meniup serunai. Sayang, saya tidak merakamkan gambar-gambar beliau.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP