Kompang Hadrah
Kawan orang rumah saya
Kebetulan baru-baru ini saya menghadiri majlis perkahwinan rakan isteri saya di Ipoh, Perak - bersua pula dengan sejenis permainan muzik tradisional Melayu - kompang hadrah. Permainan yang dikatakan bertelusur ke tanah Arab ini telah diasimilasikan dengan suasana tempatan yang dan masyarakat Melayu. Dengan salam selawat ke atas junjungan besar Nabi kita, saya mula terusik dengan keindahan bunyi-bunyian yang sangat bertenaga.
Cuba juga mencari maklumat tentang kompang jenis ini di internet tapi tidak banyak. Tidak mengapa, apa yang penting kesenian ini masih lagi wujud dengan kemas, dan dimainkan banyaknya di negeri Perak. Tapi yang pentingnya irama dan lagunya seronok untuk dinikmati dan dihayati. Hinggakan anak saya, Shufi terangguk-angguk mendengar otai-otai Hadrah ni bermain. Sempat juga saya mengambil video klip untuk kenang-kenangan, tapi hmmm tak taulah bila upload kat u-tube sebab intenet macam hamsat, slow cap encik kekura!
0 comments:
Post a Comment