Friday, February 12, 2010

Kembara Ke Bumi Temasik : 30 Jan - 2 Feb 2010

Hari Pertama (30 Januari - Sabtu)

Perancangan asalnya ke sana tidak begitu lama. Selepas kedatangan tetamu dari bumi Temasik, kami berasa teruja juga untuk ke sana bagi menyaksikan salah satu kesenian Melayu; dikir barat. Menurut rakan-rakan yang ke sini, pertandingan dikir barat akan diadakan di sana. Tempahan tiket secara online dilakukan bagi mendapatkanharga promosi yang masih ditawarkan oleh Air Asia. Alhamdulillah, masih ada kekosongan untuk kami berdua.

Tiba masanya, kami beransur dahulu ke LCCT untuk segala barangan dan paspot serta lain-lainnya. Seketika menunggu masa untuk duduk di balai pelepasan, perut kami mula bergendang. Hmmm... apa lagi, dah tak reti-reti? Pusing pun pusing, tilik punya tilik, alamak! Cuma ada restoran segera saja di LCCT, sedangkan perut kami laparkan nasi. Ya, tak ya, daripada terus berlapar, kami ngap aje McD yang ada di situ.

(Ke mana ya promosi makanan Malaysia di tempat sebegitu?), alangkah...Sewaktu kaki melangkah menaiki kapal terbang, dalam hati kami berdoa agar selamat pergi dan kembali ke tanah air. Hati berdebar-debar juga apabila teringat kes-kes kapal terbang ni, nauzubillah. Perlahan-lahan perasaan tersebut terhalau oleh senyum yang bergugus di bibir. Di mata kami terbayang bagaimanakah agaknya nanti berada di bumi Temasik. Buat saya, sehabis usia kecil ketika menjejaki kaki di sana, dan kini hampir 20 tahun lebih, saya akan ke sana lagi. Waktu dulu, saya hanya sampai ke kawasan Woodlands dan Geylang, tempat mak mencari kain baju dan barangan pernikahan bapa dan ibu saudara. Tapi kali ini, perjalanan saya dan Bulat adalah untuk tujuan yang lain; serampang dua mata. Disamping melihat pertandingan dikir barat, kami juga ingin melihat sejauh manakah perkembangan rakan-rakan yang dahulunya datang ke sini untuk mengambil asas pergendangan silat Melayu (aliran utara).

Setibanya di sana (alhamdulillah), saya mengingatkan diri saya dan rakan agar jangan sewenang-wenangnya menyalakan api rokok, kalau kena denda tak masal aje, makan magi lah jawabnya nanti bila balik Malaysia... hehehe Wajah yang ditunggu-tunggu kelihatan di sebalik cermin ketibaan di sana. Fizah dan Adi (merpati sejoli) sudah mengibaskan-ngibaskan sayapnya untuk membawa kami terbang ke teratak untuk berehat seketika (fizah bawak kereta laju seyyy....)

Dalam kereta Fizah (ini pun bulat ambik!)

Tapi disebabkan Bulat sudah mengatakan awal-awal lagi nak tengok latihan dikir barat kumpulan Cucu Datuk Merah (CDM), akhirnya kami mandi lewat malam, nak dekat 2.30 pagi ... hahaha

Malam
Dalam bilik latihan Dewan Komuniti CC

Setibanya kami di Dewan Komuniti Chai Chee (istilah budak2 sana - CC je), di Beduk kami terus dibawa ke bilik latihan CDM. Wowie junior jus! Kelihatan anak-anak muda kita sedang berlatih dengan penuh semangat dan dedikasi. Terkejut saya melihat kesungguhan mereka berlatih dikir barat, walaupun kami shy2 cat, Fizah dengan ganasnya menyuruh kami berdua untuk duduk untuk menikmati irama dikir barat, latihan terakhir mereka sebelum pertandingan keesokan harinya. Padan muka kami, hehehe ...

Seusainya latihan dikir barat, mereka semua ke bilik sebelah untuk melatih junior mereka yang akan turut bertanding. Tiba-tiba Adi dan Airil bawa gendang silat Kelantan + gong. Waduh, duh, duh, duh... Bulat membelek-belek gendang silat tu dan mengambil rasa. Kata Bulat, "Okeylah gendang ibu ni, naik juga." Saya pulak duduk di situ, dengan secara tak sengaja tangan saya pantas mengeluarkan serunai dan membuat taghak. Kata Pakcik Din Guai, bunyi taghak ni macam budak kecik merengek. Saya pula tetiba jadi baik dan bertanya, "Hmmm, nak kena tiup ke serunai ni." Hahaha kontrol macho bro! Pura-pura je tu, Bulat tersengih2 macam kerang wangi.

"Tak reti-retilagi bang nak tiup."

Hah, apa lagi, saya pun tiup aje le serunai tu. Main lagu-lagu berjalan - Anak 5, Dendang Sayang dan Jong-Jong Inai (rasanyalah). Dalam pada tu, telinga saya menangkap suara dari entah mana - "Huh, macam nafas kuda!" Saya senyum, tahu bahawa mereka tak pernah tengok orang tiup serunai secara live. Hantam sajalah, saya tiup lagi, kali ini Wau Bulan menjadi pilihan sempena permainan dikir mereka. Kemudian barulah kami berhenti. Letih beb, tapi gendang punya hal, bateri tetiba re-caj semula, tapi kejap je lah. Lepas tu, perut mula bergendang pulak. Lapar beb! Cepat-cepat kami beredar keluar dari dewan CC sebab dah nak tutup. Sementara menantikan acara makan, kami lepak di kot badminton.

Di luar CC - saya, Adi & Fizah

Tu dia eh... ramai sungguh ahli CDM berkumpul untuk mesyuarat tingkap. Saya terasa kagum kejap melihat ramainya anak-anak muda yang bermain dikir barat pada malam tu. Alangkah bagusnya kalau ini berlaku di sini. Mungkin ada, tapi saya tak tahu atau mungkin juga tak ada pun macam suasana di bumi Temasik.Tidak lama kemudian Johan dan Cik Mat datang berbual dengan kami, sekaligus perancangan telah dibuat. Kami dibawa oleh Adi dan Fizah ke suatu restoran mamak Deen Biasa yang kira gempak di sanalah. (tak ingat kat mana lak). Kami dijamu dengan sup tulang (kambing - Shahrul dan saya tak berapa makan - risau, takut sakit kepala!). Sup tulangnya pelik juga, warna merah hati. Walaupun risau sakit kepala, saya cuba juga, tak boleh tahan tengok dia orang sruttt ... sruttt - menyedut sum sum tulang tu. Sempat jugalah 3 ketul tulang saya sedut .. hehehe. Sebelum itu, saya dan Shahrul membaham nasi goreng kampung. Fuh, memang sedap + sedikit pedas yang tak menggigit. Superb! Dan ada pula roti kering cecah dengan sup tulang. Kawan-kawan, sup tulang mamak ni tak sama dengan sup tulang di Malaysia. Lain, tiada kuah yang berladung, hanya ketul-ketul tulang dan kuah yang amat sedikit, tapi lazat benar dicicah dengan roti kering tu.

Roti kering & sup tulang

Sup tulang kambing

Nasi goreng kampung yang enak!

Sesi makan!

Cik Mat & Jo

Dan seperti biasa, habis makan... kaki rokok terpaksa hisap di luar premis mamak tersebut. Tak boleh hisap rokok kat situ juga macam di Malaysia, mampus kena saman nanti! Sehabis makan, kami dibawa pula berjalan ke kawasan sekitar Arab Street, Masjid Sultan, Istana Kg Gelam dan kawasan di sekitar situ. Saya, Shahrul, Adi, Fizah, Cik Mat, Johan, Airil - lepak sebentar di hadapan masjid sultan dan menyembang sampai larut malam.



Di Arab Street

Balik - sampai ke tempat penginapan kami, Hostel Frankel (terletak berhampiran dengan kawasan Changi juga) - lepak gila! Tapi kami tetap mandi juga kerana takut terlalu letih keesokan harinya. Esoknya kami nak tengok pertandingan dikir barat.

Bilik kami

Dari KL ke Singapura - menaiki Air Asia jam 6.40 petang. Tiba di sana lebih kurang jam 7.30 petang + ambil barangan. Lebih kurang jam 8 juga keluar dari lapangan terbang Changi.

1 comments:

Ummihana March 3, 2010 at 12:52 PM  

patutlah Hannah call tak dapat2..siap call tuan punyer hotel tu lagi...dia kata "The two Malay guys have gone out and is not back yet.."

Seronom lah ya, makan sup tulang tu....

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP