2 Hari Bersama Tetamu Dari Bumi Temasik




Adi, Zul, Khairil, Apai, Aziz, Fizah dan Tina - saya dapat baca betapa terujanya dapat berkenalan dengan seni bergendang. Teringat masa saya mula-mula dulu dapat pegang serunai, peh ... berseri-seri muka saya, macam lagu Seri Bulan. Pelajaran dimulakan dengan asas pada pukulan gendang irama 'berjalan', disamping pengenalan pada sistem pergendangan silat aliran utara. Latih tubi dijalankan. Bahagian gendang dikendalikan oleh Bulat, saya pula pada bahagian serunai.

Latihan yang dijalankan dihentikan apabila langit jingga mula memberi salam. Balik sekejap ke rumah saya untuk melepaskan keletihan yang bergayut. Seusai solat maghrib, kami ke Tasik Permaisuri untuk berlatih lagi. Dan hampir lewat malam, barulah hari pertama latihan gendang ditamatkan.
Hari Kedua (sabtu)
Kepenatan bergendang hari pertama tidak menghalang saya untuk turun ke Tasik Permaisuri lagi. Meskipun agak lewat tidur malam sebelumnya kerana menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bengkel penulisan pada hari Ahad pula. Tapi demi warisan, saya dan Bulat bergegas untuk menjalankan amanah. Saya sudah terpacak di tepi stadium (itu je tempat yang ada dan boleh guna) jam 12.35 sambil2 ke IYC mengambil pamplet sewaan bilik di situ. Merasakan itu jalan terbaik yang dapat menyelamatkan masa dan fulus, saya cadangkan kepada mereka agar lain kali menginap di situ sahaja. Jarak ke stadium pun tak jauh mana, ada le dalam sepelaung je. Hari kedua - latihan asas serunai dan gendang dijalankan dengan intensif. Hasrat kami agar mereka menguasai asas tersebut berjaya.
Paling mengujakan saya apabila Aziz (ajis) dapat memainkan lagu Wau Bulan dengan baik, walaupun hanya asas lagu je. Melihatkan perkembangan yang agak cepat, saya dan Bulat mula merasakan bahawa adat 'masuk guru' atau 'turun tangan' perlu dijalankan. Barulah nanti mereka boleh belajar lagu2 wajib dalam pergendang aliran utara ni.
Sebelah petang, kami amat gembira sekali bila gendang dan serunai dapat berlatih sama-sama. Masuk lagu dan betul iramanya, tahniah kepada kamu semua! Sehinggalah petang menjelang, balik semula ke rumah saya dan kali ini tak makan malam, terus saja ke stadium dan pulun berlatih lagi. Sehinggalah kami berpuashati dan jam menunjukkan lebih kurang 10.30, kami berhenti dan berbincang mana-mana yang patut.
Sesi belajar gendang berakhir dengan makan malam di kawasan Taman Tenaga. Fuh! Penat beb... Harap2 gambar yang banyak diaorang ambil tu diupload le kat Facebook. Boleh cilok2 hehehe .... Semoga kalian terus berusaha menguasai permainan gendang silat ini, amin.
0 comments:
Post a Comment