Laporan Menamat Silat 24.11.07



Selepas menunaikan solat zohor, pasukan gendang mula beraksi dan memulakan lagu majlis dengan lagu 'buka' dan diikuti dengan beberapa lagu 'berjalan' sementara menantikan para pesilat bersiap-sedia. Akhirnya gelanggang dibuka dengan tari sembah jurulatih gelanggang berkenaan. Kemudian, barulah acara menamat dijalankan. Beberapa pelatih mula beraksi sambil diiringi paluan gendang. Orang ramai di sekitar kawasan melihat dari jauh. Ada yang menghampiri, ada pula yang merenung dari jauh dan sambil tertoleh-toleh terutama mereka yang menaiki basikal dan motor. Teman kami, Khairul dan Jai turut hadir untuk membantu pasukan gendang silat melaksanakan tugas. Makin lama makin hangat sehangat matahari yang bertenggek di atas kepala, jam sudah menunjukkan 3 ptg.




2 comments:
Salam! Saya dah link you to my blog...
nampak macam sedap lauk-pauk tu
Post a Comment