Friday, June 11, 2010

Sungai Buloh Menggamit KGGK


Di bawah terik sinaran matahari yang menikam ubun-ubun, alhamdulillah, KGGK diberikan khemah khas dan payung extra untuk kami berteduh dan bergendang. Mulanya Pak Teh Mid yang kena turun, tapi oleh kerana beliau juga mempunyai jadual bergendang yang penuh di Kedah, maka kami dipertanggungjawab untuk mengendalikan tugas tersebut. Saya, Alang, Alif, Amin, Veron dan Sopik - satu mpv ke sana. Pagi-pagi lagi kami sudah sampai ke rumah Tok Ayah Hj. Mat (Tok Ayah) di Sungai Buloh.

Lama juga tidak berjumpa dengan Tok Ayah. Kalau Pak Teh Mid tak ke sana, kami pun malu alah juga nak ke sana. Sambil-sambil duduk, Tok Ayah keluarkan beberapa pasang gendang silat dan gendang keling. Sempat jugalah Alif dan Veron bergendang selagu. Namun tidak bertangguh, kami terus sahaja dibawa oleh Tok Ayah ke rumah kenduri. Layanan yang diberikan oleh tuan rumah memang kelas A. Makan, tempat bergendang, mikrofon, kipas angin nala reke punya, sampai Alang boleh terlelaplah dek angin kipas tu ... (jangan marah Alang ... hehehe).

Selepas sahaja makan, tidak bertangguh lagi. Saya membuka 'panggung' permainan, Alif di posisi gendang ibu, Veron - gendang anak, Amin - gong, Alang-serunai dan Sopik - serunai. Dengan bismillah, kami memulakan permainan tanpa henti sehinggalah, hampir jam 1. Kemudian, abang Mail, DJ bertugas memasang lagu-lagu CD. Saya kira, selepas itu giliran Alang dan kemudiannya Sopik meniup serunai. Posisi gendang ibu dan anak tidak berubah, hanya Amin sahaja mengekalkan kejuaraannya mengetuk gong tanpa henti, kecuali sekali sahaja bermain gendang keling.

Syukurlah majlis berjalan lancar, hinggalah kurang lebih jam 3.30 petang, kami berhenti kerana corong karaoke mula berkumandang. Selesai makan, kami bersalam-salaman dengan Tok Ayah dan pulang ke destinasi masing-masing. Terima kasih kepada Tok Ayah yang memastikan KGGK mendapat layanan kelas A, begitu juga tuan rumah yang baik hati. Syukran jazilan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP