Thursday, May 13, 2010

Bergendang Dengan Kump Gendang Silat Bera

Sdr Sharul (gendang ibu) dan Tok Awang (gendang anak)

Beberapa hari sebelum kedatangan mereka, Tok Awang sudah menelefon Sharul untuk datang bergendang di kawasan Cheras, dekat dengan LRT Tun Razak. Saya, Sharul dan Sopik sahaja yang lapang pada malam tersebut dan datang agak awal. Dari jauh sudah kendengaran bunyi paluan irama gendang silat. Tapi kali ini, hati saya tidak berdebar seperti selalu apabila mendengar paluan gendang silat. Kami berbual terlebih dahulu dan untuk beberapa ketika, barulah kami ke tempat mereka bergendang. Disebabkan khemah bergendang, berada di tengah-tengah majlis, kami jadi malu alah dan menanti saat terbaik untuk mencelah. Apabila paluan kompang mengambil alih suasana, cepat-cepat kami ke khemah dan bersalaman dengan mereka. Kali terakhir kami berjumpa dengan mereka kalau tidak silap saya, pertengahan tahun lepas, apabila mereka bergendang di Tmn Desa Baiduri.

Lama tidak bersua, banyak perkara juga yang disembangkan tapi tentunya berkisar perihal bergendang. Menjadi kelaziman apabila datang, kami pula bergendang, sebagai tanda persahabatan dan meraikan kami di sini. Meskipun malu alah, kami tetap juga bergendang, kata Pak Teh Mat, sekurang-kurangnya kena main tiga lagu, baru kra aci. :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP