Sunday, November 13, 2011

Mengaum Bersama Tari Harimau!

Alhamdulillah, perancangan yang dilakukan sebelum bulan puasa lagi, akhirnya diizinkan Allah. Sebelum ini, terpaksa ditangguhkan beberapa kali kerana komitmen kerja dan masa yang ketat. Tapi sebagai menyambung usaha dan pesan guru-guru, kami ke Klang untuk menyambung silaturahim. Kata guru, 'Bergendang nak cari kawan, jangan himpun lawan.'

Saya dan Sharul, berdua dulu kami ke sana, disebabkan hari Jumaat malam, lebuhraya persekutuan sesak, kami hanya mampu sampai jam 10.15 lebih kurang, sedangkan dari sini jam 8.30 malam. Tapi tak mengapa, alhamdulillah, walaupun dapat berjumpa seketika, kemesraan yang terjalin bagaikan sudah bertahun, syukurlah.

Selang beberapa ketika berbual, kami bergendang bersama-sama. Kemudian berhenti rehat seketika dan berbual-bual, sambil berkongsi pengalaman pahit manis, peristiswa dan pelbagai yang nyatakanya dapat mengukuhkan lagi kemesraan kami. Alhamdulillah. Kalau ada lapang, mungkin kami akan ke sana lagi, dan jemputlah kepada Kumpulan Gendang Tari Harimau ke Cheras kiranya ada kelapangan, Insya-Allah.

Terima kasih kepada Abah Man, Pak Ndak, Bul dan rakan-rakan dari Kump Gendang Tari Harimau. Moga ikatan yang terjalin terus kukuh dan segar sampai bila-bila hendaknya, amin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP