Tuesday, June 7, 2011

Kenduri KGLM di Temasik : Bhg 1 & 2

Justify FullDi LCCT

3 Jun

Hampir setahun berlalu sejak kami menjejakkan kaki ke bumi Temasik. Kali ini kedatangan kami adalah untuk meraikan majlis perkahwinan dua orang anggota KGLM. Peberbangan kami dari sini tidaklah begitu lama, hanya mengambil masa 45 minit sahaja dari LCCT. Dari rumah Cikgu Ramli, kami berkumpul, menaiki dua LRT, ERL dan kemudiannya bas dari Salak Tinggi menuju LCCT. Sebelum tiba ke sana, kami sudah bersiap-sedia apa-apa yang patut, enggan berposah di sana nanti untuk membeli apa-apa.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

Setibanya di sana, kami disambut oleh Sdr Zaki dan Syafiq. Meskipun tiada tag KGGK, namun sdr Zaki mengenali dan menegur kami terlebih dahulu. Dalam pada itu, sdr Azam ditahan pula oleh pihak kastam Temasik kerana tidak declare bawa rokok lebih. Hehehe ... kami risau juga. Terbayang kisah2 dalam tv apabila seseorang ditahan oleh pihak kastam di lapangan terbang. Rupanya sdr Azam hanya dikenakan cukai kerana membawa rokok lebih - 2 kotak je! Maka terbanglah 15 dolar Singapura ketika itu. Kami katakan kepada Azam, tak mengapa, ada hikmah dan ada pula cerita ke Temasik.

Suasana di dalam resort Aloha Changi

Kemudian Sdr Zaki membawa kami membeli makanan (memang tengah lapar masa tu!), balik ke rumah tumpangan Alora Resort, kami membedal. Tak kira, perut dah pedih. Namun cuaca di situ tidak membenarkan saya dan Cikgu Ramli untuk lelap lebih awal. Bahang panas melekit yang menggigit, menyebabkan kami lambat tidur, walaupun sdr Sharul dan Azam sudah belayar jauh ke alam mimpi.

4 Jun

Bersama Sdr Hairil CDM

Hari ini adalah merupakan hari pernikahan sdr Adi dan Fiza. Jam 2 kami dijemput oleh sdr Syafiq. Wah, kali ini rider kami seperti Kamen Rider, meluncur pantas bagaikan tiada kenderaan lain di atas jalan. Ngam! Namun setibanya di sana, kami hanya menunggu di luar kerana keadaan rumah penuh sesak dengan orang yang hadir. Akhirnya, kami hanya ke bawah dan menikmati makan tengahari sambil melayan sembang dengan Hairil. Sempat juga berjumpa dengan kedua orang tua Fiza.

Bersama Keluarga Fiza

Malam

Dek kerana keletihan, kami semua terbongkang. Tapi semangat 'lapar' mendesak kami untuk keluar semula walaupun jam sudah hampir menunjukkan angka 1. Lagipun, saya memikirkan tidak berjalan ke mana, maka kami berjalan sahaja ke kedai mamak yang berdekatan. Apabila terbau roti canai, semangat menyembang menyala semula dan lama juga kami bersembang. Selesai mee goreng mamak, barulah kami beransur dengan kenangan - Roti Goreng Basah! - penangan terlalu penat!

5 Jun

Seperti yang dijadualkan, pagi ini sdr Zaki datang menjemput kami. Berpusing2 dari rumah Adi dan Fizah. Namun sementara menantikan rombongan dari rumah Adi ke fizah, kami menyantap dulu dan bermain beberapa lagu atas permintaan pihak pengantin. Majlis perkahwinan di sana sebenanrya tidak banyak beza seperti di sini. Masih lagi ada sistem gotong-royong dan sebagainya. Suasana usik mengusik, hingar-bingar majlis tetap sama.

Pasangan mempelai yang diraikan

Sumber 3 gambar - dari FB Bro Arjuna, MC Cool!

Selepas dari rumah Adi, kami ke rumah fiza untuk majlis yang seterusnya. Di sana, kami mengarak mempelai ke pelamin, kemudian disambung pula oleh pasukan kompang Senandung Ria. Di situlah, baru kami bermain lagi. Kami diberi masa lebih kurang, 30 minit. Meskipun hanya sekejap, namun kami cuba memberikan persembahan yang terbaik sebagai kenang-kenangan untuk orang di sana.

Kumpulan Kompang Senandung Ria

Kemudian, patah balik ke rumah Adi, kali ini Cikgu Ramli pula mengambil alih tugas meniup serunai. Kena pula masa orang bersilat, hampir 7-8 orang yang keluar menggayakan tari perguruan masing-masing. 8 orang bukanlah sekejap masanya, hampir 15-20 minit jugalah. Saya katakan kepada cikgu ramli, sekali tiup sudah cover 8 lagu! Hanya sesudah itu, kami berhenti rehat kerana memberikan laluan kepada kumpulan dikir barat Cucu Datuk Merah (CDM) dan rakan-rakan mereka. Lega juga rasanya ...

Dan ketika itu jugalah saya bertemu-bual dengan sdr Johan Jamali. Hanya bertemu beliau masa mula-mula datang dulu, tapi tak lama. Kali ini sdr Johan mengambil alih tugas Syafiq dan Zaki, membawa kami ke rumahnya berehat sambil menikmati sup tulang kambing yang berwarna merah. Tapi memandangkan masa agak terhad, maka terpaksalah kami berlalu ke lapangan terbang. Penerbangan balik ke KL jam 8.45 malam.

Nama jalan - tempat sdr Johan membeli Sup Tulang Kambing (merah)

di rumah Sr Johan - sebahagian dari koleksi kerisnya

p/s : Terima kasih kepada sdr Adi dan Fiza yang menjemput KGGK ke sana. Sdr Zaki dan Syafiq yang membawa kami ke sana, ke mari. Sdr Johan, yang belanja makan sup tulang merah, keluarga, sahabat dan kenalan di Temasik. Terima kasih sekali lagi atas layanan yang tidak berbelah-bahagi. Terima kasih semuanya.

1 comments:

are jump June 8, 2011 at 6:54 PM  

puas bergendang disana...satu pengalaman baru melihat tmpt org dan menghadiri kenduri org Singapura...makanan pun sedap2 belaka..
Terima Kasih org Singapura.. =)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP