Wednesday, December 1, 2010

Si Peniup Pungi (Snake Charmer)

Si peniup serunai ular di Lahore, Pakistan (snake charmer) :
pic source : zoltantakacs


Hati saya sungguh tersentuh apabila membaca kisah-kisah peniup serunai yang bermain dengan ular (snake charming) di negara India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan lain-lain. Dengan serunai yang dipanggil sebagai pungi atau been - klik di sini untuk maklumat lain pungi (video pungi, sila klik sini) mereka meniup di sekitar pasar, tepi jalan dan sebagainya.

Ada yang mendakwa, bisa ular itu sudah dihapuskan atau dalam perkataan lain, taringnya sudah dipatahkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini atau diajar untuk menyerang satu objek atau arah, iaitu pungi yang ditiup. Ada pula yang mengatakan bahawa peniup pungi sudah mengukur jarak ular tersebut untuk mematuk dan meletakkan bakul dalam jarak uang selamat. Tidak mengapalah tentang kisah itu, namun dikatakan bahawa kebanyakan peniup ular di India adalah dari kasta Sapera.

Ini menyebabkan mereka karier mereka terbatas, hanya menjadi pewaris peniup ular. Ini menyebabkan mereka dilanda isu kemiskinan tegar di kebanyakan kalangan mereka. Di Punjabi pula dikenali sebagai Sapela, berasal dari perkataan sap, yang bermakna ular. Juga mengalami nasib yang sama seperti kasta Sapera, yang perkerjaannya hanya menangkap ular dan meniup pungi.

Irama yang ditiup adalah irama Naagin. Ada juga sebuah filem hindi yang berjudul Naagin (irama lagu - Main Teri Dushman). Kadangkala saya fikir, bagaimana nasib pemain serunai di sini tidak banyak bezanya di sana. Meskipun tidak diklasifikasikan dalam kasta, namun nyatanya ia tidak begitu mendapat sambutan dari orang ramai, kecuali peminat tegar serunai.

Ada sebuah video yang seronok dilihat, iramanya amat menyentuh hati.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP