Tuesday, October 14, 2008

Laporan 11/10/08 - Di Kelab Ukay

Wah, kali ini kami agak terkejut kerana sedikit terlewat tiba di tempat untuk bermain gendang. Jangkanya 11 pag, tapi setibanya di sana, masih tidak banyak lagi orang yang sampai. Kebetulan jemputan kami ini berlaga dengan kenduri yang diadakan di sebelah bahagian kanan resort itu. Jadi, tuan penganjur minta agar masa dilanjutkan pada waktu 1.30 ptg. Berasap juga kami menunggu giliran sementara cikgu-cikgu yang hadir menunjukkan bakat. Sekurang-kurang terhibur juga hati kami melihat gelagat mereka. Lokasi yang agak sedikit jauh dar rumah Cikgu Ramli menyebabkan saya tergesa-gesa memandu kereta.


Syukur alhamdulillah, tibanya kami di sana - belum ada apa-apa lagi perkembangan majlis yang dijalankan sempena hari raya. Kebanyakan sampai satu demi satu, beruncit-runcit datangnya. Sementara menantikan waktu untuk membuat persembahan, kami minum dulu di kedai mamak yang berhampiran. Agak lama juga kami berada di kedai sementara menantikan jam yang telah ditetapkan oleh penganjur. Tiba saat kami membuat persembahan - agak berterabur sedikit oleh kerana tempat yang disediakan agak kecil dan kurang selesa. Namun, tanggungjawab perlu dilunaskan dengan sebaik mungkin.

Setelah beberapa acara persembahan barisan guru, kumpulan kami dijemput oleh Cik Julia Hana yang menjadi pengerusi untuk majlis itu. Saya hanya sempat meniup 3 lagu dan Cikgu Ramli pula hanya sempat menup satu lagu. Itu pun terputus-putus, kerana masalah pipit yang sudah lama dimainkan. Kejap-kejap bunyi seperti lidah serunai bagaikan tersepit. Saya yang berada di sebelah cikgu, sudah standby. Mana tahu serunai cikgu langsung tidak berbunyi. Tapi hati saya agak resah memandangkan lagu yang dibawa itu saya tidak menghafalnya.


Setelah habis persembahan, pengajur meminta kami untuk bergendang ketika acara treasure hunt dijalankan. Tapi akhirnya dibatalkan begitu sahaja oleh pihak penganjur kerana keadaan tidak begitu sesuai untuk bergendang. Sudahnya, kami dijemput untuk makan (perut dah berkeroncong) di dewan makan kelab itu. Apa lagi, masing-masing dengan pelbagai hidangan berempah, mi goreng dll. Hampir jam 4 barulah selesai segalanya dan kami beredar dengan sampul surat yang berisi 'duit raya' hehehe ...


1 comments:

Anonymous,  October 23, 2008 at 10:00 AM  

Ek eleh .. poyo la lu bro ... hahahaha .. bab bergambar sakan ek ... kih kih kih

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP