Tuesday, October 7, 2008

Gambar Kiriman Emel

Terima kasih saya ucapkan kepada En. Khidir yang menghantar emel untuk tujuan persaudaraan. Beliau menyatakan bahawa beliau telah singgah di rumah Pak Teh Mid ketika menghantar pulang anak isterinya ke kampung sempena hari raya baru-baru ini. Agak lama juga saya tidak ke rumah Pak Teh Mid, hampir setahun ada, mudah-mudahan dilapangkan masa untuk ke rumahnya kelak. Dan setelah mendapat keizinan En. Khidir saya memaparkan gambar-gambar yang diambil oleh beliau semasa bertandang ke rumah Pak Teh Mid yang terletak di kampung Kuala Lanjut, Pendang, Kedah. Semoga usaha gigih Pak Teh Mid akan berkekalan sampai bila-bila dalam memperjuangkan bidang pembuatan dan permainan gendang ini, amin. Begitu juga dengan rakan dan teman lain yang bergendang tidak kira walau di mana jua atau apa aliran pergendangan sekalipun, mudah-mudahan ada warisan ini sentiasa berpanjangan. Amin.



Kebanyakan gambar yang dikepilkan adalah gendang dan serunai yang masih dalam pembikinan. Bersyukur juga dengan adanya generasi seperti beliau, dapatlah kita menikmati dan mendengar permainan gendang melayu ini. Di Kedah, masih banyak lagi pembuat dan pemain gendang silat yang masih belum diketengahkan lagi. Semoga kegiatan dan usaha mereka mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan di sana.


Terima kasih kepada En. Khidir sekali lagi.

2 comments:

mazir,  April 21, 2009 at 10:10 PM  

kami sedang mencari dan mengumpul kumpulan2 gendang bagi tujuan penyertaan festival gendang yg akan berlangsung kelak. Jika pihak anda berminat. sila hubungi mazir_ibrahim@yaho.com untuk maklumat lanjut.

Trima kasih.

mazir,  April 21, 2009 at 10:10 PM  

kami sedang mencari dan mengumpul kumpulan2 gendang bagi tujuan penyertaan festival gendang yg akan berlangsung kelak. Jika pihak anda berminat. sila hubungi mazir_ibrahim@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Trima kasih.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP