Laporan 1/6/08 - Muar, Johor
Jemputan dari Ordie, teman sekampung saya penuhi. Tanggal 31/6/08, jam 9.30 mlm, kami beransur ke Muar. Perjalanan sebenarnya tidaklah jauh sangat, hanya 2 jam sahaja tapi disebabkan mengantuk dan letih kami berhenti seketika di RNR Air Keroh untuk melepaskan lelah. Hampir jam 12.30, kami tiba di sana dan terpaksa mencari Un (ahli kumpulan) di Parit Raja, Muar. Melilau juga malam2 cari tempat tu. Akhirnya kami bertemu dan bergegas ke rumah saya. Semua orang sudah tidur. Malam itu sempat juga kami bersembang dan bergurau. Akhirnya semua terbongkang keletihan.
Selepas solat Subuh, saya dan Azhar (empunya kereta) keluar membeli sarapan. Kebetulan emak saya menyiapkan nasi dagang (huh, lamanya tak makan nasi dagang masakan emak...). Kami belasah makan cukup2, rupanya ada hikmah kami makan betul2. Majlis yang dijangkakan bermula 2.00 menginjak hingga ke pukul 3.30 ptg, barulah pasangan mempelai muncul. Selesai sahaja mengiring mereka, kami bergegas ke KL kerana nak memenuhi hajat seorang klien di bangunan Tabung Haji.
Wajah-wajah kepenatan ....
Pak supir yang berdedikasi tinggi lagi dipenuhi dengan iltizam. Terima kasih kepada sdr Azhar yang teguh, kukuh dan tabah membawa kereta tanpa mengluh. Walhal pagi esoknya dia akan ke Kemaman, Terengganu jam 4 pagi! Saya hanya menggeleng, tapi itulah kegilaan orang bergendang. Yang penting puashati!
0 comments:
Post a Comment