Laporan Walimatulurus 18.11.07 (Sek.10, Wangsa Maju)
Pagi-pagi lagi saya sudah bangun, kerana majlis perkahwinan ini berlangsung ketika baju hitam saya belum kering lagi. (Hehehe ...) Terpaksa dianginkan dulu ke kipas tapi alhamdulillah, kering akhirnya. Tepat jam 10.45, Shahrul dan geng sampai ke rumah dan kami bergegas load barang2 dan terus ke destinasi. Kebetulan saya sudah berjanji dengan tuan rumah (pengantin lelaki) untuk berada di sana lebih awal sedikit. Tepat jam 11.20 kami sudah terpacak di situ dan mengemaskan peralatan muzik dan meletakkan di tempat yang disediakan. Setelah itu baru kami berehat sementara menanti jam 12 untuk memulakan persembahan.
Sementara menanti itulah, kadangkala pelbagai aksi dan kesangapan yang terjadi seperti dalam gambar di atas. Untuk membunuh kebosanan yang bermaharajalela kami bersembang, mengambil gambar dan berbincang perihal dunia pergendangan dan keadaan semasa yang berlaku.
Jam 12.10 kami pun memulakan persembahan dengan lagu 'buka' (Tomoi) dan disulam dengan lagu 'Berdendang Sayang', namun tiba-tiba muncul seorang pemuda berbaju hijau memecah tari dan bergayang ke sana ke sini. Cepat-cepat Edi dengan separuh terjerit, "Bang, lagu silat, lagu silat ..." Saya tidak perasan pada awalnya dan terus menukar irama silat apabila terpandangkan si baju hijau itu sedang bersilat dengan penuh semangat. Ternaik bulu roma saya! Apabila selesai bersilat, lagu medley 'Enjit-Enjit Semut dan Di Mana Dia Anak Kambing" berkumandang, tapi entah dari mana muncul lagi seorang pemuda yang bersilat dengan penuh gaya. Saya tidak sempat menukar irama lagu dan terus mendendangkan lagu yang dimainkan sehingga tamat. Hampir 10 minit barulah kami memainkan lagu-lagu 'Berjalan' @ lagu rakyat/kontemporari sehinggalah azan Zohor bergema di udara. Kami berhenti sebentar. Jam 1.30 tgh kami menyambung semula sehinggalah kami diperingatkan oleh abang pengantin tentang ketibaan mempelai tersebut.
Kami pun bergegas ke jalan masuk dan menggalas Gendang Peribumi untuk mengarak pengantin. Pengantin lelaki melambai saya, saya hanya tersenyum. Sementara Shahrul mengarahkan makcik yang memegang sirih junjung untuk ke hadapan, namun tidak disangka-sangka habis kesemua rombongan yang memegang barang hantaran ke hadapan kami. Kami hanya mampu tersenyum dan memulakan irama 'Berarak Cepat' hinggalah ke pelamin.
Hampir jam 3, barulah permainan kami tamat dan kami pun berehat untuk sementara waktu. Kepenatan mula memanjat dan lenguh mengguyuri sekujur tubuh kerana tempat yang disediakan untuk bergendang agak curam (hehehe...). Namun begitulah tugas yang perlu dilaksanakan meskipun dalam apa jua keadaan dan tempat sekalipun. Terima kasih kepada pengantin lelaki, sdr Azmi yang memanggil kami untuk memeriahkan majlisnya. Tamat.

0 comments:
Post a Comment