Thursday, November 15, 2007

Laporan 10/11 - Kenduri Anak PakTeh Mat

SAYA agak terkilan juga tidak dapat menghadiri majlis kahwin anak Pak Teh, memandangkan terdapat perkara yang perlu saya selesaikan sebelum menjelang akhir tahun ini. Namun rakan saya Bulat dan Hizal telah mewakili pihak kami di sini untuk ke sana. Kebetulan Pak Teh menelefon saya bertanyakan ada atau tidak kamera, jadi saya terus serahkan kamera ini untuk merakamkan gambar2 yang perlu, malangnya hanya sedikit gambar yang diambil (grrr!!!). Menurut maklumat yang diterima kenduri tersebut dihadiri oleh ramai jemputan, sehinggakan kereta terpaksa diparkir luar jalan besar. Itu belum masuk senarai mereka yang ingin bersilat, menurut Bulat - hampir satu buku sekolah senarai nama mereka yang ingin bersilat.
Tapi akhirnya hujan telah menenangkan suasana yang panas dan tanah yang digeluti oleh jejak2 manusia yang berpijak. Saya tersenyum mendengarkan itu. Menurutnya lagi orang yang datang bergendang juga ramai, guru saya dari Pahang, Pakcik Din Guai juga telah ke sana dan bertemu juga dengan Bulat tapi tidak sempat bersembang lama kerana terlalu ramai orang. Sekian adanya, Khairul dari Wangsa Maju melaporkan.


  • Siapa kata tiada peniup serunai wanita? Gambar ini sebagai bukti bahawa kaum hawa juga boleh meniup serunai. Yang penting, minat dan kesungguhan.

Read more...

Wednesday, November 14, 2007

Laporan Persembahan MSSKL

13.11.07 - Hampir 5 jam kami di Hotel Flamingo demi menyudahkan perjalanan majlis penyampaian hadiah dan anugerah MSSKL. Bermula dengan perarakan dengan iringan gendang peribumi seperti biasa. Kemudian kami didera pula dengan permainan gendang tanpa serunai selama hampir 1 jam berterusan, saya fikir lebih kurang 50 orang mereka yang naik menerima hadiah dan anugerah. Wajah2 pelajar yang ceria satu demi satu melepasi pandangan saya. Zaman yang paling indah, bukan? Bagaimana pun saya berterima kasih kepada Cikgu Khadijah (Sek. Menengah Setiawangsa) yang telah sudi menjemput kami utk menyerikan lagi majlis yang berlangsung di Grand Ballroom yang indah itu. Baik dari segi makan, minum semuanya terjaga dan diambil berat oleh beliau. Menurut beliau sambutan dari PPD amatlah baik dan ramai guru yang agak teruja melihat persembahan tersebut. Terima kasih cikgu. Moga Gemala Kasturi terus maju dan berjaya di masa akan datang.

Read more...

Sunday, October 14, 2007

Adab Pemuzik


10.10.07, saya merayap di KLCC. Kebetulan terpandang ada sebuah kumpulan trio instrumental yang menghiburkan hati para pengunjung premis itu. Naluri saya segera mengarahkan tubuh untuk menghampiri mereka. Kaki saya melangkah, tapi alangkah terkejutnya apabila melihat salah seorang pemainnya yang memijakkan kaki pada tamborin segabai bunyi tambahan. Saya merenung mereka dan berlalu dari situ. Hilang 'selera' saya untuk mendengarnya. Disiplin. Disiplin bermain alatan muzik tidak dijaga. Bagi saya, bukanlah kita perlu muliakan alat tersebut berlebih-lebihan tapi sebagai salah kaedah 'menghormatinya' - barang yang selalu kita bawa bermain untuk mencari rezeki, adakah itu selayaknya. Walaupun kecil tapi sangat menyentuh hati saya. Cuba bayangkan, letakkan alat muzik yang dimainkan di tapak kaki, bagaimanakah perasaannya? Saya hanya mengambil gambar kaki sahaja (demi untuk menajga maruah pemainnya). Tidak berapa jelas dan perlu diamati alat tamborin (berwarna kuning) di kakinya.

Read more...

Saturday, October 6, 2007

Pesta Gendang Sedunia 2007

Alhamdulillah, KGGK mendapat jemputan untuk memeriahkan World Drum Festival 2007 di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Sila klik logo di bawah ini:


Read more...

Wednesday, October 3, 2007

Gemala Kasturi di Majalah santai

Hampir beberapa bulan saya bercadang utk memaparkan gambar ini, tapi baru dapat scan baru-baru ini. Kumpulan kami tersiar dalam majalag Santai Village (majalah baru di pasaran). Mengisahkan biodata kumpulan dan aktiviti kami.

Read more...

Saturday, September 22, 2007

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut ramadhan yang mubarak. Aktiviti bergendang direhatkan buat sementara waktu kecuali sekiranya terlau ketagih ... hehehe. Disamping itu novel Lagukan Senandung itu boleh didapatkan di kedai2 DBP atau dibeli secara terus di Dawama Online dan novel awal remaja berjudul Dewangga Sakti juga boleh beli di MPH atau Popular bookstores sama ada secara dapatkan terus di sana atau belian secara online.

Read more...

Saturday, September 15, 2007

Laporan Perjalanan Ke Kedah


Antara gambar2 yg sempat saya abadikan ketika berada di sana. Beberapa hari kami di sana, disamping menghadiri majlis perkahwinan kawan kami, sempat juga saya singgah di Batu Kurau dan beberapa tempat di Kedah menziarahi guru serta rakan2 bergendang. Laporan penuh akan disiarkan di majalah Seni Beladiri yang akan datang. Terima kasih.

Read more...

Wednesday, September 5, 2007

Laporan Persembahan Di Hotel Federal








Persembahan ini sempena persidangan guru-guru kaunseling yang diadakan oleh KPM peringkat Malaysia. Sehari sebelum itu, kami telah menghadiri sesi rehersel sehingga tengahari. Tapi pagi tadi, kami telah bertolak ke hotel jam 6.30 pagi untuk mengelakkan trafik jam di kawasan Bukit Bintang tersebut. Jam 7.30 kami sudah sampai di sana dan bersarapan dahulu. Sempat juga saya melayari internet di situ yang mahal harganya (1 jam -RM3.50 - hahaha kapitalis sungguh!) Persembahan tersebut berlumla jam 10.30 pagi, dirasmikan oleh Ketua Pengarah KPM yang memberi ucaptama begitu lama. Atas permintaan Cikgu Rizal, sekali lagi, saya terpaksa membantu Arif dalam permainan serunai. Suasana agak sejuk, anak-anak buah mula berbisik mahu ke tandas, tapi saya menegah dengan mengatakan ucapan tersebut akan berakhir tak lama lagi. Malah saya sendiri juga mahu 'terkucil' kerana kesejukan. Hampir jam 12.15 barulah majlis tamat dan masing2 berebut untuk ke tandas termasuklah saya. Hehehe ... Berita selanjutnya di majalah Seni Beladiri.

Read more...

Saturday, August 18, 2007

Laporan Sambutan Merdeka SMK Cheras

Khamis lepas pasukan gendang SMK Cheras yang berusia setahun jagung telah diberikan mandat untuk mengiringi pasukan silat sekolah sempena persembahan hari kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi. Meskipun sedikit gugup mengadakan persembahan di khalayak sendiri namun semuanya berjalan lancar kecuali pemain gong yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Kami sebagai jurulatih juga digesa oleh Cikgu Rizal yang menjadi guru penasihat Kelab Gendang Silat untuk mengadakan persembahan. Pada awalnya kami sangat keberatan untuk menunaikan hasratnya namun hajatnya terlalu besar, terpaksalah kami menunaikannya.

Pasukan Gendang Silat SMK Cheras, KL

Selain dari persembahan silat dan gendang, bacaan sajak serta ucapan yang diberikan oleh guru di situ mengingatkan semla pelajar erti kemerdekaan yang dikecapi oleh kita. Sekurang-kurangnya kita sebagai rakyat Malaysia berketurunan Melayu wajib merasa syukur dan berbangga atas nikmat merdeka yang dikecapi. Paling penting adalah memerdekakan hati dan jiwa dari sebarang bentuk penjajahan.

Bersama rakan silat yang mengadakan persembahan


Read more...

Friday, August 3, 2007

HesCom 2006

Dari laman fotopages : JICA
Gambar ini diambil oleh salah seorang peserta di Majlis Hescom yang diadakan akhir tahun lepas 2006. Majlis ini adalah anjuran Kelab E-Sastera yang mengadakan anugerahnya pada setiap akhir tahun. Kebetulan saya menjadi ahli E-Sastera, maka saya dijemput oleh salah seorang jawatankuasanya untuk mempersembahkan permainan gendang silat.


Read more...

Thursday, August 2, 2007

Pakcik Din Guai

Sumber dari laman web : Suefami's foto

Kebetulan semasa melayari internet terpandang gambar salah seorang guru kami, Pakcik Din Guai yang tinggal di Jengka 6, Pahang. Senyum saya mengenang kembali pertemuan pertama dengan beliau di Felda Bukit Mendi, Pahang. Ketika lebih kurang dalam tahun 1999, saya Cikgu Ramli, abang Johan dan Azam ke sana setelah disarankan oleh Ijan yang memang tinggal di sana. Seorang yang tenang, pandai bercerita dan menarik hati. Terakhir saya ke sana dalam bulan April baru-baru setelah selesai kursus Jurulatih Seni Budaya Negara di Kuantan, Pahang.



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP