Bergendang Di Rawang
Sehabis bergendang di PULAPOL, kami bergegas pula ke Taman Teja, Rawang untuk bertemu dengan guru kami, Pakcik Din Guai dari Pahang yang datang bersama rakan-rakannya. Beliau djemput untuk bergendang di situ. Lama juga kami tidak berjumpa dengan pakcik din tapi hari tersebut dapatlah juga berjumpa dengan beliau. Sampai sahaja di sana, kami menyantap terlebih kerana.
Lega juga saya, hehehe tekak sudah terasa begitu haus sebenarnya. Kami sebat sahaja apa yang ada, makan dan kemudiannya saya minum agak banyak. Walaupun menyedari itu adalah ais, namun dahaga sudah tidak tertahan-tahan lagi. Air masak @ mineral pula tiada, tawakkal sahajalah.
Tidak sempat duduk lama, kami pula bergendang. Ada juga dalam 5, 6 lagu yang dibawa, kemudian kami berhenti untuk seketika dan memberi laluan kepada pakcik Din dan kumpulannya untuk bergendang semula. Tidak banyak yang dapat kami bicarakan pada hari tersebut kerana suasana tidak mengizinkan. Lagipun orang tengah dok sibuk bergendang. Sementara mereka bergendang, kami berehat pula. Cuaca semakin mengancam!
Terakhir, kami bergendang sekali lagi. Saya pun meniup sahaja apa lagu yang terlintas di fikiran sebab kalau sudah ada 3 orang yang boleh bermain serunai, maka lagu2 habis semua ditiup dan kita pun habis modal. Jadi, saya tiup saja apa-apa lagu termasuklah lagu-lagu yang pendek. Namun kerana kesuntukan masa, salah seorang rakan kami terpaksa bekerja pula pada petang tersebut, maka kami meminta izin untuk berundur. Lebih kurang jam 4, kami tiba semula di perkarangan PULAPOL di mana kereta kami diparkir sebelumnya.
0 comments:
Post a Comment