Laporan 12/7/08 - Majlis Buka Gelanggang Kuntau Tekpi
Sehabis majlis pada siang tersebut. Saya berehat di rumah Cikgu Ramli sementara menantikan sdr Azizul untuk datang mengambil saya. Malam tersebut kami berlepas ke Tasik Puteri, Rawang kerana memenuhi undangan bergendang untuk majlis buka gelanggang Seni Silat Kuntau Tekpi. Jam 6.30 ptg, kami bergegas ke sana. Saya menaiki kereta sdr Azhar, peh memang lega dapat duduk sebelah dan orang lain yang memandunya. Saya senyum-senyum sahaja. Hampir 1 jam juga barulah kami sampai ke sana, setelah berkonvoi 3 buah kereta dari Keramat AU2.
Selesai maghrib, kami terus bersiap-siap dan memeriksa keadaan atau tempat kami untuk bergendang. Saya tengok dan berkata kepada adik Alif dan Amin, "Tempatnya ini condong sikit ni, duduk dalam keadaan mengadap. Kalau tak, cepat tangkap belikat dan pinggang ni." Tapi alhamdulillah, sepanjang majlis, mereka tidak menghadapi sebarang masalah, cuma sakit sedikit tangannya. Saya senyum dan berkata, "Oklah tuuu ...." Majlis berjalan agak lambat dan lari dari jadual yang dirancangkan. Hampir jam 10.30 mlm, barulah majlis bermula. Dengan perarakan terlabih dahulu, dan akhirnya kepada majlis persembahan. Kening saya terangkat juga melihat jarak untuk kami harus berarak. Agak jauh juga, tapi siang2 saya sudah bersiap-sedia iaitu - TIDAK MAKAN. Kalau tak, mengah dibuatnya andai berjalan sambil berserunai dalam jarak tersebut. Cubaan ....
Jam hampir menunjukkan 12, barulah persembahan berakhir. Cepat-cepat kami makan malam dan beredar kerana saya risau juga takut2 keluarga adik Alif dan Amin bising. Terima kasih kepada sdr Azizul kerana menghantar saya balik hingga ke Cheras. Juga terima kasih kepada sdr Azhar yang menjadi perantara dengan Kuntau Tekpi untuk majlis ini.
2 comments:
Gambar yang akhir tu kenapa banyak sangat 'buih'? Tak mungkin silau lampu, kan?
agaknya pagar ghaib kot buih2 banyak2 tu...heheheheee
Post a Comment