Wednesday, July 9, 2008

Gambar2 Pemain Serunai Di Internet

Kebetulan saya melayari intenet dan terjumpa gambar2 yang diambil oleh mereka, dengan angle yang cantik dan menarik. Namun begitu, kredit terhadap sumber dan link saya sambungkan di sini. Gambar2 ini hanya untuk tatapan sahaja.


Peniup Serunai Aliran Utara
Sumber : Affienakata

Peniup serunai aliran utara (Perak, Kedah, Perlis). Namun begitu Perlis mempunyai permainan serunainya yang tersendiri, dimainkan dalam permainan yang dipanggil Tarinai. Insyallah saya akan uploadkan di sini nanti.

Peniup serunai Kelantan
(Kalau dari corak, bentuk, ukiran dan warna serunai - ia adalah peniup serunai Kelantan)
Sumber : Zukayo

Lazimnya serunai Kelantan@Terengganu adalah lebih panjang dari segi ukurannya dengan serunai aliran utara. Dari segi bunyi serunai aliran utara lebih nyaring dan melangsing serta sedap untuk memainkan lagu2 hiburan. Maklumat ini sengaja saya letakkan di sini supaya pembaca dapat bezakan antara serunai dari aliran pantai timur dan aliran utara. Juga supaya pembaca (sesetengahnya) dapat membezakan antara serunai dan seruling.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP