Monday, December 5, 2011

Majlis Khatam Qur'an Di Sungai Penchala

Pasangan adik-beradik yang diraikan ...

Pertama kali mendapat jemputan untuk bermain di Majlis Khatam Qur'an, saya tergamam. Teragak-agak saya untuk mengatakan 'ya'. Akan tetapi dek kerana kesungguhan tuan rumah, EN Arif, saya akhirnya mengatakan ya. Inilah pengalaman kali pertama kami bermain untuk majlis sebegini. Mulalah dalam kepala berfikir, mahu main lagu apa yang sesuai untuk majlis sebegini. Lagu Arab kah? Lagu Melayu dan sebagainya.

Akhirnya bila bertemu En Arif, barulah penjelasan diberikan. Menurut beliau, sewaktu kecil dahulu, dia diarak oleh paluan kompang ke seluruh kampung; anjuran bapanya sendiri. Kali ini dia merasakan bahawa perlu untuk anak-anaknya merasakan suasana tersebut; dengan irama serunai dan gendang. Saya mengangguk, sebelum apa-apa kami dijemput oleh tuan rumah untuk menikmati hidangan sekadarnya.

Majlis berlangsung

Selesai sarapan, kami bersiap-siap, kerana majlis dijangkakan bermula jam 11.00 pagi, ketika tetamu datang. Kami tidak bertangguh, seperti yang dijanjikan, kami terus bermain. Lagu pilihan pertama saya adalah Alabadin, kemudian diselang-seli dengan lagu-lagu Melayu, seperti Ayam Didik, Tari Selendang dan beberapa lagu Arab.

Rehat seketika

Hampir jam 12, kami mengarak pasangan adik beradik yang diraikan. Kemudian selesai, tugas kami. Sebelum beredar, sempat kami menikmati juadah yang disediakan dan bersalam-salaman dengan DJ, dan rakan-rakan Cikgu Ramli (info : Cikgu Ramli berasal dari Sungai Penchala).

Terima kasih kepada En Arif yang memberikan kepercayaan kepada KGGK, rakan DJ, dan rakan-rakan yang terlibat dalam persembahan pada hari tersebut.

Lokasi : Sungai Penchala
Majlis : Khatam Qur'an

Jam : 10 pagi - 12 tgh

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP