Sepetang Di Tanjung Emas, Muar : 12.12.2010
Sehari sebelum, kami sudah sampai di Muar. Memandangkan perjalanan tidaklah begitu jauh, kereta yang dipandu meluncur dan membelah malam dengan tenang. Tambahan pula, rumah pengantin hanya memakan masa 15 minit, dalam agakan saya. Menghala ke Bukit Mor, melalui jalan Sri Tanjung.
Pagi/Tengahari
Seperti biasa, kami sudah bangun agak awal, memandangkan semuanya tidur di ruang tamu rumah famili saya. Sesudah bersarapan, kami menganjur ke rumah pengantin di Parit Punggor. Dalam perjalanan, saya sudah menelefon Khairul Melaka (yang menjemput KGGK) untuk memastikan jalannya. Setibanya di sana, seperti biasa, kenduri kahwin mana yang tak meriah. Dengan lagu-lagu dari DJ bertugas, kami dialu-alukan kedatangan oleh mereka.
DJ kali ini memang sporting habis. Kadang kala kami bertemu juga dengan DJ yang tak beri peluang langsung untuk bergendang. Tapi kali ini, kami dapat bergendang dengan puas tanpa gangguan. Wah, kebetulan DJ bertugas adalah bapa mentua Abang Nadzmi (rakan gendang Silat Sendeng) saya. Berjumpa juga dengan abang Mi dalam jam 2 petang.
Tiba-tiba saya mendapat panggilan dari Singapura, rupa-rupanya Hadi dari KGLM yang menelefon setelah beberapa miss call. Hajatnya untuk datang, tapi sayang malam itu juga kami beransur ke KL. Begitu juga dengan undanga sdr Huzaifah tidak dapat kami penuhi kerana hari Ahad, kami mempunyai tugasan yang perlu dilangsaikan.
Selepas bergendang, kami menyinggah terlebih dahulu di Tanjung Emas, menikmati keindahan suasana petang. Memang indah, tambahan pula pawana menghembus manja hinggakan Cikgu Ramli terlena di atas wakaf . Sempat juga saya merakamkan gambar dua orang pemuda yang sedang mencari perumpun @ umpun2. Tapi masa cepat berlalu, jarum jam hampir menunjukkan angka 7. Kami bergerak pula ke masjid jamek Sultan Ibrahim sementara menantikan Maghrib menjelma.
Malam
Seusai menunaikan solat Maghrib, kami beransur ke Tanjung Agas, mencari makanan yang popular di sini. Murtabak Singapura! Yah, dua keping bersaiz besar sekali 'hadap' terus licin! Rupa-rupanya lapar semuanya. Selang beberapa minit, kami beransur kembali ke kota kesibukan, Kuala Lumpur (sigh...)
p/s : Terima kasih kepada Khairul yang menjemput kami, tuan rumah - Wak Kasban, famili, serta DJ yang baik hati.
1 comments:
bro, show ni 11.12.10, sabtu, bkn 12.12.10 daaa ... wakakakakakakak ...
Post a Comment