Berpanas di Kolej Siswa Jaya, UTM : 6 Ogos 2010
Cuaca sejak akhir-akhir di KL tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Sekejap dingin, sekejap hangat. Dan malam ini ditakdirkan adalah salah satu malam yang hangat. Kami tiba di Kolej Siswa Jaya lebih kurang jam 7.30 malam dan terus bertemu dengan Cik Nadia Ismail, AJK malam persembahan tersebut dan berbincang seketika berkenaan persembahan.
Kemudian solat Maghrib. Sekali lagi perbincangan diadakan dengan Cik Nadia tentang keluar masuk dan aturcara yang diputuskan di saat-saat akhir itu. Berdasarkan pada penerangan Cik Nadia, persembahan kami adalah untuk mengiringi VIP jemputan, iaitu Dato' Sri Zulhasnan Rafique, MP Setiawangsa KL.
Sebelum acara bermula kami sempat mencuba 2, 3 lagu untuk sound check. Alhamdulillah bro2 dari Jabatan Penerangan yang sporting meletakkan tiga mikrofon untuk kami. Bunyi yang dihasilkan memang 'kaw-kaw'. Di atas pentas itu kami sudah terasa kehangatan dek pancaran spot lite yang banyak. Saya dan Mat Arip berpandangan, peluh sudah mula mencurah.
Tapi alhamdulillah persembahan mengiringi VIP dengan lagu 'Layang Mas' sempurna dengan izin Allah, dan sempat juga kami memainkan lagu Joget Pahang. Walaupun pada asalnya KGGK diminta untuk bermain selama 5 minit, namun saya dan Mat Arip merasakan bahawa majlis yang sebegitu hanya sesuai bermain dua lagu sahaja. Aturcara yang panjang dan ketat kemudiannya membenarkan hanya satu lagu dimainkan. Pada mulanya bercadang untuk main lagu Bol Radha Bol tapi pengaraca lebih pantas. Mungkin tidak dimaklumkan tentang tempoh KGGK bermain.
Tapi tidak mengapa, alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih kepada Cik Nadia, En Hafiz dan UTM yang memberikan kepercayaan kepada KGGK untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Mudah-mudahan KGGK dapat bekerjasama dengan pihak mereka pada masa akan datang.

0 comments:
Post a Comment