Bengkel Gendang Silat Aliran Utara 1 : 30 - 31 Oktober 2010 (Asas Lagu Berjalan @ Selingan @ Rakyat)
Salam hormat kepada pengunjung blog KGGK. Ada juga sebenarnya permintaan rakan-rakan yang ingin mempelajari gendang silat sama ada melalui emel ataupun yang menelefon. Tetapi mungkin disebabkan oleh komitmen kami dan mereka, jarang sekali dapat tertunai. Ada juga yang datang belajar tapi sekejap sahaja dan kemudian terus hilang, juga disebabkan komitmen dan masa bekerja di bandaraya KL yang tidak mengizinkan untuk menyambung pembelajaran gendang. Tapi apa pun, semuanya ada hikmah.
Abg Azlan Ghanie (majalah Senibeladiri) pula sudah lama bertanya bilakah hendak buat bengkel gendang silat. Namun saya tidak dapat menjawab ketika itu, kerana tidak pasti. Selain itu, PESAKA juga sudah tidak lama menganjurkan bengkel gendang silat. Terakhir, kami pula dijemput mengendalikan bengkel gendang silat pada tahun 2006 di Melaka. Itupun atas inisiatif Pertubuhan Gayung Malaysia, Cawangan Melaka. Kemudian tiada lagi.
Memikirkan begitu, kami berbincang sesama ahli dan mengambil keputusan untuk mengadakan bengkel ini julung-julung kalinya di bawah anjuran Astaka Villa Aksara (AVA), dengan kerjasama Rumah PENA dan KGGK sebagai tenaga pengajarnya. Sebelum dari itu, kami menelefon guru-guru gendang kami, Pak Teh Mat Khir dan Pakcik Din Guai untuk meminta pendapat dan memohon restu serta izin untuk mengadakan bengkel ini. Alhamdulillah, kami mendapat lampu hijau dari barisan tok guru.
Sedari itu saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk mengadakan bengkel ini pada 30 - 31 Oktober 2010, selepas raya.
Asas Lagu Berjalan/Selingan/Rakyat
Seterusnya pengisian bengkel diperbincangkan. Lalu kami mengambil keputusan untuk mengadakan kelas asas 'lagu berjalan'. Istilah ini sebenarnya merujuk pada lagu-lagu selingan atau lagu rakyat yang dimainkan ketika latihan atau waktu santai. Contoh lagu adalah seperti Ayam Didik, Tari Selendang, Jong-Jong Inai, Wau Bulan, Ulik Mayang, Berdendang Sayang dan sebagainya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melatih tangan supaya 'hidup'. Setelah dari proses ini, barulah berpindah ke asas Lagu Silat Kedah dan Lagu Patani yang lebih memerlukan kecepatan dan kecekapan tangan untuk memukul.
Bagi serunai pun begitu juga. Lagu-lagu berjalan ini dijadikan sebagai medan latihan sebelum mempelajari lagu silat supaya jari-jari akan terbiasa meniti di atas lubang-lubang serunai. Tambahan pula, irama serunai silat tiada notasi, bahkan ia menggunakan sistem tengok, hafal, ingat dan latih. Jadi, sekiranya terus sahaja belajar gendang silat, mungkin sedikit bercelaru bagi mereka yang tiada asas langsung dalam memainkan peralatan muzik tradisional.
Itulah jawapan kepada mereka yang bertanya kenapa tidak terus belajar lagu silat.
Kenapa Bengkel Gendang Silat Aliran Utara?
Bengkel ini dinamakan sebegitu kerana KGGK memainkan irama silat aliran utara. Memandangkan terdapat pelbagai jenis bunyian gendang silat, jadi kami khususkan kepada aliran utara untuk memudahkan pengenalan bengkel ini. Takut-takut nanti, orang itu ingin belajar gendang silat lain, tengok-tengok lain dari apa yang dicari. Untuk itu, kami jelaskan dahulu bengkel ini dari aliran mana.
Peralatan dan Pemainan
Peralatan gendang, serunai dan gong akan disediakan. Bengkel itu juga nanti akan dibahagikan kepada dua kumpulan, yakni mereka yang ingin belajar gendang dan serunai. Kepada sesiapa yang mahu mempelajari gendang ibu dan anak akan dikendalikan oleh sdr Sharul dan pembantunya, manakala serunai dikendalikan oleh cikgu Ramli dan Khairul.
Penginapan
Pihak AVA tidak menyediakan penginapan bagi perserta yang hadir. Tetapi bagi perserta dari luar KL, terdapat hotel-hotel bajet di sekitar kawasan situ. Nanti akan dimaklumkan di sini.
Kepada yang berminat
Jadi, bagi sesiapa yang berminat bolehlah ke laman blog AVA untuk melihat rinci bengkel yang bakal diadakan kelak. AVA akan menguruskan segala-galanya. Pihak kami hanya akan datang untuk berkongsi ilmu, insya-Allah. Sila klik sini untuk ke laman AVA.

0 comments:
Post a Comment