Monday, June 7, 2010

Irama Purba Di Kawasan Elit


Hampir-hampir sahaja persembahan di Taman Melawati dibatalkan atas sebab-sebab teknikal, namun takdir menetapkan bahawa KGGK akan bermain juga di sana. Mata saya sempat meneropong; bangsal yang mengelilingi jalan raya di kawasan itu memang banyak. Disamping orang ramai yang mula memenuhi kawasan tersebut. Kelihatan juga beberapa bro dari Jabatan Pertahanan Awam menjaga kawasan parkir yang kian sesak.

Abg ZZ dan Pakcik Alim mula meninjau-ninjau kawasan untuk bergendang dan bersilat. Disamping itu, adik-adik dari persilatan Lincah berlegar-legar di sekitar. Saya dan rakan-rakan pada malam itu, Un, Alif, Amin dan Alang hanya menanti masa ketibaan pasangan mempelai setelah tempat untuk bergendang disediakan.

Tidak lama kemudian, irama kompang hadrah bergema. Kami pun bersiap-siap di separuh jalan, untuk mengiringi pasangan raja sehari. Setibanya di kawasan untuk bergendang, kami duduk dan terus memainkan lagu. Saya sempat berbisik pada teman bergendang, "Lagu patani."

Tari sembah dan bunga dipersembahkan bagi menyambut raja sehari. Beberapa pesilat ke tengah menghidangkan tari silat masing-masing. Kemudian seklai lagi, kompang hadrah mengarak pengantin masuk ke dalam. Selang beberapa ketika, kami bersiap-siap pula untuk mengiringi persembahan silat. Hampir setengah jam, persembahan selesai, dan kami makan pula. Lauk memang sedap!

Persembahan yang dikatakan menggunakan tema 'tradisional' berakhir pula dengan sesi karaoke. Saya senyum dan kami berlalu. Malam sudah hampir jam 11.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP