Kump Gendang Pak Din Lambung @ Pak Din Johan
Kulit Luar album
Penerbit : Yusuf Che Din
Terbitan dan Edaran : Pusat Muzikal Mutiara
Taman Rahang, Negeri Sembilan
Gambar Kumpulan
Senarai Lagu
muat turun mp3 di sini : klik sini
(mp3 ini dipautkan dari laman lain, bukan milik kami)
Kebetulan, sudah lama mahu memuatnaikkan kulit luar album lama ini, tetapi scanner rosak, jadi baru-baru ini sahajalah dapat saya mengimbas kulit kaset kumpulan ini. Tapi sayangnya kaset dalam simpanan saya ini juga sudah rosak. :(
Ia merupakan satu salah dokumentasi penting dalam sejarah pergendangan silat Melayu. Ada juga maklumat yang saya perolehi bahawa Kementerian Komunikasi, Kebudayaan (dulu KeKKWa) ada menyimpan bahan atau rakaman kumpulan ini, namun tentunya ia tersimpan dalam arkib mereka dan sukar untuk diakses oleh orang luar. Sayang, tapi nak buat bagaimana, hak orang. Maka dengan sebab itulah, kiranya ada lapang dan izin Allah serta minat, belajarlah seni bergendang ini, tak kira dari aliran mana sekalipun agar ia tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, entri ini juga bertujuan sebagai bahan atau rujukan yang sedikit nilai maklumatnya, tapi sekurang-kurangnya adalah juga dari tiada langsung. Tapi paling menyedihkan apabila lagu-lagu mereka dimainkan tanpa sebarang ucapan terima kasih dan penghargaan.`Pernah saya terdengar ia dimainkan dalam sebuah drama bersiri yang kecoh sekejap dahulu digam memainkan salah satu daripada senarai lagu mereka, namun tiada ucapan penghargaan pun diberikan. Memang padan muka pun drama bersiri mereka kena gam dari disiarkan.
p/s : Terima kasih kepada kumpulan ini dan mereka yang terlibat dalam kerja rakaman kumpulan mereka ini sehingga dapatlan orang luar mendengar alunan irama gendang silat ini, termasuklah saya semasa zaman dulu-dulu. Juga al-fatehah buat allahyarham Pak Din Johan dan Pak In (peniup serunai). Kalau sesiapa yang terjumpa entri blog kami ini, mohon dikongsikan maklumat tentang rakaman album ini atau ada gambar kumpulan ini atau apa sahaja jua maklumat tentang kumpulan ini sekiranya, silalah emel ke gemalakasturi@yahoo.com - untuk dipaparkan di entri ini.
0 comments:
Post a Comment