Laporan Bergendang 3.2.08 - Selayang
Lewat beberapa hari lepas, saya menerima SMS yang menjemput pasukan kami untuk bermain di majlis walimatul urus sepupunya. Saya termenung sebentar, tahu bahawa beberapa ahli kumpulan tidak dapat turun bergendang disebabkan kerja. Lantas saya beranikan diri untuk membawa pelatih-pelatih baru untuk turun bergendang. Alif dan Amin, pasangan adik beradik yang baru sahaja dilatih hampir 6 bulan saya pertaruhkan. Dalam hati saya berkata, bila lagi nak dedahkan budak-budak ini. Alhamdulillah majlis yang serba meriah itu membuatkan saya menyaksikan sendiri bagaimana pasangan dua beradik (baju hijau) itu bermain dengan baik.
Sedikit ketidaklancaran yang berlaku, perkara biasa. Dengan tangan terketar, sakit dan sebagainya adalah asam garam orang bergendang, tapi alhamdulillah saya amat gembira kerana terbayang di mata saya, "Inilah pelapis baru pergendang Melayu di KL."

3 comments:
alhamdulillah .. semoga adik2 kita ni cekal laa dlm dunia b'gdg .. jgn mula berapi pastu sejuk mcm ais .. ahah .. hidup pergendang .. gegaran sidang .......
haaa bagus niee teruskan
tahniah serunai fakir @ tokey gemalakasturie hehe
(aku daa...azam)
http://s92.photobucket.com/albums/l34/semut_merah_2006/michai%20kawin/
Post a Comment