Maestro Shehnai - Ustad Bismillah Khan
Dia bukannya artis besar tanah air, lantaran itu tiada siapa di Tanah Melayu ini yang mengenalinya, tapi namanya harum dan mekar dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang maestro bermain serunai India yang dinamakan Shehnai (serunai aliran utara India). Disamping itu Bismillah Khan yang lahir pada tahun 21 Mac 1916 di Bhirung Raut Ki Ghali, Dumroan, Bihar, India adalah merupakan seorang pemain shehnai yang telah mengabadikan dirinya dalam permainan tersebut selama lebih lapan (8) dekad.
Pada tahun 2001, dia telah dianugerahkan Bharat Ratna, ia anugerah tertinggi untuk civillian di India atas jasa dan bakti yang dicurahkan kepada negara. Selain itu, dia juga dipanggil sebagai Ustad, satu gelaran untuk mereka yang bergelar guru atau cikgu yang mahir dalam bidang seni. Dilahirkan dalam keluarga seni, bapanya juga seorang peniup shehnai di istana Maharaja Keshav Prasad Singh.
Oleh yang demikian, Ustad Bismillah Khan adalah merupakan seorang pemain serunai aliran India utara yang diiktiraf oleh kerajaan mereka sewaktu hayatnya masih ada. Setakat yang diketahui Pak Teh Mat Khir (guru gendang) juga sudah diiktiraf oleh negeri Kedah. Mungkin ada yang lain-lain tapi mungkin saya tidak tahu. Selain itu Ustad Bismillah Khan puas menjelajah dunia dan mempunyai album. Di sini hanyalah beberapa kumpulan Pak Din Lambung, Kumpulan Gendang Silat Bera, Kumpulan Gendang Langkawi (saya tidak tahu apa nama kumpulannya - terjumpa kasetnya ketika mengunjungi bumi Langkawi), dan ada beberapa kumpulan yang merakamkan irama gendang silat dan gendang Terinai. Tidak juga dilupakan kepada kumpulan muzik gendang silat Kelantan yang banyak di pasaran, tapi di KL payah untuk menjumpainya melainkan jika ke sana.
Oleh itu, orang Melayu harus berbangga dengan permainan ini, dan tidak boleh dikatakan ia sebagai permainan kampung. Walaupun ada usaha-usaha tertentu untuk menaitarafkan irama gendang silat di sekolah (sehinggakan harga sepasang gendang melambung nai di Kedah), ia masih belum cukup kuat. Pengalaman saya di Kedah, sewaktu mengikuti Pak Teh Mat Khir, memang banyak sekolah yang mengambilnya. Tetapi di Kuala Lumpur , kebanyakan sekolah bangai melepaskan batuk di tangga. Asal ada, jangan tidak.
Begitulah nasih irama ini di KL. Tiada perhatian khusus yang diberikan, yang ada hanyalah silat yang lebih beruntung dari nasib kumpulan gendang silat. Begitu juga dengan nasib mereka yang merakam album gendang silat. Apakah royalti mereka terjamin, atau mendapat tempat di stesen televisyen dan radio? (memang tak adalah, jangan mimpi - kecuali persembahan Pak Din Lambung dan Pakcik Din Guai - itu pun kerana ada majlis hari lahir Tuanku Pahang).
Bukanlah maksud saya menulis entri ini untuk menaikkan Ustad Bismillah tetapi wajah irama ini di negeri sendiri pun tidak mendapat pengiktirafan melainkan seglintir sahaja. :)
Jadi jangan marah jika suatu hari nanti ia tidak mendapat sambutan di kalangan anak-anak muda. Dengan kemajuan IT dan kecanggihan televisyen, rancangan realiti lebih mendapat sambutan daripada muzik tradisioanal. Syukurlah di Tanah Melayu ini masih ramai lagi yang menyayangi irama ini dan mengambil usaha dan inisiatif untuk mempelajarinya. Kalau tidak, boleh tengok di You Tube atau di muzium sahajalah.
Begeitu juga dengan tanggapan orang Melayu yang mengatakan irama ini adalah bersifat kekampungan adalah salah sama sekali dan harus dia memohon maaf serta menarik balik perkataannya kerana ia adalah merupakan satu fitnah dan tanda ketidaktahuan tentang bahawa irama ini adalah merupakan suatu irama yang universal dan bersifat antarabangsa. Akan datang saya akan meletakkan maestro serta berita pemain serunai dari seluruh dunia, dan dikeranakan ini, kami, KGGK akan meletakkan sendiri pengiktirafan maestro untuk pemain serunai dan gendang yang kami ketahui.
Rujukan/Reference :
Wikipedia - Bismillah Khan
Wikipedia - Shehnai
Kaypacha
FB Bismillah Khan
You Tube
0 comments:
Post a Comment