Sunday, May 11, 2008

Laporan 10/5/08 - Kg Bahru, KL

Semacam ada satu kepuasan apabila melihat pelatih2 baru bergendang dari jam 11pg hingga 2.30 ptg. Tujuan saya adalah untuk memberikan pendedahan dan membiasakan mereka bagi mengendalikan majlis perkahwinan, aturan, disiplin dan pelbagai perkara. Meskipun terdapat beberapa kesalahan dalam permainan gendang, namun saya kira masih ada ruang untuk diperbaiki. Umumnya persediaan ini saya lakukan untuk menghadapi majlis atau jemputan yang lebih besar dan formal.

Majlis2 yang mempunyai formaliti dan protokol memerlukan ketelitian dan sabar. Kadang2 klien sebegini mempunyai seribu satu macam kehendak dan kerenah. Untuk itu bermain di majlis atau kenduri kahwin yang biasa amat diperlukan bagi melatih ke arah itu. Apa yang penting latihan yang berterusan amat diperlukan bagi membiasakan diri. Disamping itu pesan dan nasihat guru amat penting bagi memudahkan proses pembelajaran dan mendapat berkat. Mudah-mudahan permainan gendang silat aliran utara ini tidak berkubur begitu sahaja di kota metropolitan ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP