Pinang dihulur sudilah makan;
Sirih beralas ukiran gangsa;
Tepak sirih kami dahulukan;
Tanda adat budaya bangsa. (sumber : sini)
Memakan sirih pinang adalah merupakan suatu adat atau amalan masyarakat di sekitar Asia Tenggara. Sama ada kaum Melayu, India mempunyai ragam dan cara tersendiri dalam menggunakannya sebagai hidangan mahupun hal-hal yang melibatkan adat-istiadat.
Cuba lihat perihal sirih ini :
Sirih adalah tanaman tropis, tumbuh di Madagaskar, Timur Afrika, dan
Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia ada empat
jenis, yaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling, dan sirih Udang.
Dalam bahasa Indonesia, dikenal berbagai nama jenis sirih seperti sirih
Carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Kerekap, Serasa, Cabe, Jambi,
Kengyek, dan Kerak. Sirih, konon melambangkan sifat rendah hati,
memberi, serta senantiasa memuliakan orang lain. Makna ini ditafsirkan
dari cara tumbuh sirih yang memanjat pada para-para, batang pohon sakat
atau batang pohon api-api tanpa merusakkan batang atau apapun tempat ia
hidup. Dalam istilah biologi disebut simbiosis komensalisme. Daun sirih
yang lebat dan rimbun memberi keteduhan di sekitarnya.
Pinang :
Pinang dalam bahasa Hindi buah ini disebut supari, dan pan-supari untuk
menyebut sirih-pinang. Bahasa Malayalam menamakannya adakka atau adekka,
sedang dalam bahasa Sri Lanka dikenal sebagai puvak. Masyarakat Thai
menamakannya mak, dan orang Cina menyebutnya pin-lang.
Boleh dikatakan secara ringkasnya penggunaan sirih pinang dalam adat Melayu :
Penggunaan sirih dan pinang boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.
Makanan
Selepas penat mengerjakan bendang atau
menuai padi, petani kebiasaannya memakan sirih sambil berbual-bual. Para
nelayan pula membawa bekal sirih dan pinang semasa turun ke laut untuk
menangkap ikan. Di dalam sejarah, para raja di istana memakan sirih
sebagai santapan waktu rehat.
Adat Istiadat
Sirih dan pinang memainkan peranan
penting di dalam adat istiadat Melayu terutamanya dalam perkahwinan,
bermula dari waktu merisik, pertunangan, menikah, bersanding dan beradu.
Simbol dan pengantara Orang Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus dalam berkomunikasi. Sirih digunakan sebagai:-
- Hadiah ibu bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan
keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru
tersebut.
- Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.
- Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.
Perubatan dan petua Melayu lama
Daun Sirih
Sirih dan pinang banyak digunakan dalam
perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun
adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep
perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara
tradisional, sirih juga digunakan sebagai petua-petua Melayu.
Ringkasnya penggunaan bersirih pinang dalam masyarakat Melayu :
1) Hidangan makanan
2) Adat-istiadat
Antara makna dan falsafah yang cantik tentang bersirih pinang :
1) Sirih - Dimengertikan sifatnya
yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah
bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat memanjat pohon sirih di atas junjung atau
pokok sakat atau juga pokok api-api yang digemairnya dan dalam masa yang sama tidak
merosakkan junjung itu.
2) Pinang - Digambarkan sebagai
lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia
melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar
pokok pinang itu yang tinggi lurus ke atas serta mempunyai buah yang lebat dalam setandan.
3) Kapur - Melambangkan hati
seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia
akan berubah lebih agresif dan marah.
Perihal Tepak Sirih :
Jenis-Jenis Tepak Sirih
* Sirih Puan = tepak sirih yang berbentuk segiempat tepat
* Sirih Pinang = tepak sirih berbentuk bujur sangkar
*
Sirih adat = tepak sirih yang dilengkapi dengan kuntum melor serta
disalut dengan kain balundru bertekat emas atau tenunan songket
* Sirih Adat rekabentuk diraja dan pembesar Istana / upacara perkahwinan
* Lain-Lain sirih adat
Jadi, di dalam perihal ini, mengikut adat-istiada Melayu lama, makanya pergendangan aliran silat utara, rata-ratanya mengamalkan adat memberi sirih pinang kepada guru sebagai tandaan hormat dan bersungguhnya untuk mempelajari seni bergendang. (akan disambung pada artikel ke - 2) - sila baca
di sini.
1 comments:
Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak
Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)
Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang
Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?
Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
Post a Comment