Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Undangan Ke Batu Kikir, Negeri Sembilan - 2 Jun 2013

Perjalanan pergi 

santai

Menanti giliran

Bersama otai Seni Silat Langkah 3


Perjalanan pulang

Kali ini jemputan sudah lama ditanya. Untuk kali kedua inilah, yang dapat menunaikan hasrat tuan rumah untuk menjemput kami. Kali pertama, tahun lepas, jatuh pada raya ke-3, tidak ada ahli yang dapat pergi. Kali ini, alhamdulillah dapat juga ke Batu Kikir. Selama ini hanya mendengar sahaja nama tempat ini melalui lagu Apa Kono Eh Jang. Setelah hampir 20 tahun lebih barulah sampai ke sini. Subhanallah. 

Sedari awal, saya sudah merancang bersama rakan untuk keluar awal dari KL, sementelah tidak tahu tempat dan rumahnya. Jam 8 tayar sudah bergolek menuju destinasi. Bertolak di awal pagi, tidak banyak sangat. Kami melalui lebuhraya LEKAS, memang lekas :). Sampai di simpang Senawang, Kuala Pilah, kereta kami pantas membelok ke kiri dan mencari arah dan tanda untuk menuju ke sana. Sempat jugalah kami menyinggah berhenti, serta bertanyakan jalan ke sana. Memang. Memang peta sudah ada, tapi lebih selamat dan yakin apabila bertanya. Alhamdulillah ... sampai sahaja ke Balai Polis Batu Kikir, kami membelok ke kiri. Arahnya ada Kampung Sungai Jelutong ... wah, kali ini lebih mencabar, namun suasana hijau di sekeliling menyapu resah yang bergayutan. Cepat-cepat saya menyemak semula peta di fb. Hampir juga kami tersesat jalan, tapi alhamdulillah, dapat sampai dengan selamat. 

Seawalnya kami dijamu, wow ... pulut kuning, itu yang kami usik. Jarang majlis kenduri, saya jumpa dengan pulut kuning. Habis menyantap, kami diminta oleh rakan tuan rumah untuk selagu dua - sound check, kata orang sekarang. Selesai beberapa lagu, DJ mengambil alih tugas. Kami berehat seketika sementara menanti jam 11.30 pagi untuk mula bermain seperti yang dipinta oleh tuan rumah. Kemudian kami pun bermula apabila masa yang dijanji. Beberapa lagu lama dialunkan, melihatkan pengunjung yang datang awal ini adalah lebih kepada warga otai. Anak Lima, Dendang Sayang dan beberapa buah lagu lama dimainkan. 

Disulam dan selang oleh DJ, kami bermain secara rali. Sesekali berhenti untuk melepas cungap. Hinggalah ke tengahari, waktu yang dinantikan tiba, kami mengiring pengantin dan persembahan silat dari aliran Silat Langkat Tiga. Kemudian menyambung beberapa lagu sebelum kami berhenti seketika. DJ mengambil peranan. Hinggalah jam 2.15 petang, perut saya mencanak - lapar! Saya mengisyaratkan rakan-rakan untuk bermain. Beberapa lagi hindustan dan mood rancak saya mainkan. Done! Tutup kedai dan kami makan. 

Alhamdulillah ... syukurlah majlis berjalan lancar dan kami dapat menjalankan tugas bergendang seperti yang dipinta. Lebih kurang jam 3.00 kami memohon diri beransur. Apabila tayar mencecah jalan, kehangatan mula mengigit. Ditambah dengan sesak lalu-lintas yang bagai tidak berkesudahan. Sesekali diserang kantuk. Namun alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 petang kami sampai.

Terima kasih - kepada rakan, tuan rumah yang sudi menjemput kami. Juga kepada rakan-rakan yang terlibat untuk kali ini.

Read more...

Tuesday, September 11, 2012

Bergondang Kek Nogori Sembilan











Majlis : Pelancaran Revolusi dan Transformasi Tanjak
8hb September 2012
Ladang Alam Warisan, Kg Tengah,
Seri Menanti, Negeri Sembilan.


Inilah buat kali pertama, kami menyaksikan ramai orang Melayu berbusana Melayu yang pelbagai, dari baju hinggalah ke tengkolok. Memang meriah dan sangat menarik. Asalnya, hanya mahu membawa Kump Gendang Sidang Kencana sebagai pendedahan dan promosi. Kami menjangka hanya bermain lagu-lagu selingan sahaja. Namun, atas permintaan pihak penganjur, kami diminta untuk mengiringi pertandingan silat seni yang diadakan.

Walaupun Sidang Kencana masih baru dan belum belajar lagu silat, namun kami sempat berbincang bagaimana mahu mengatasi dan membantu untuk memeriahkan majlis tersebut. Akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak menghampakan pihak penganjur dengan memainkan gabungan muzik Cak Lempong dan Serunai silat aliran utara. Gendang dengan rentak 'Bayon'. Alhamdulillah dapatlah menunaikan hajat penganjur hinggalah ke akhir pertandingan.

Selesai majlis, kami mengambil peluang untuk meronda dan melihat pameran yang diadakan, sementara persembahan Kuda Kepang dan Barongan berlangsung di satu sudut yang berhampiran dengan pintu masuk. Setelah puas melihat, kami mula beransur apabila jam sudah menunjukkan lebih kurang 6.15 petang.

p/s : Terima kasih kepada Sdr Shahrul Fadzly dan Geng Busana Tradisi yang memberikan peluang kami bermain dan layanan yang terbaik kepada kami. Juga kepada rakan-rakan di majlis serta pihak-pihak yang terlibat. Majlis ini sekaligus menandakan bahawa Busana Melayu tradisi akan terus kekal hidup dengan izin Allah, amin.

Read more...

Sunday, January 22, 2012

Apo Kono Eh Jang - Semalam di Negeri Sembilan

Sesi latihan

20.1.12 - Alhamdulillah, malam semalam saya berkesempatan mengunjungi Kump Sanggar Sembilan, di Senawang, Negeri Sembilan. Tidak dirancang awal, cuma ditakdirkan saya memang ke sana untuk mengambil isteri di IPG Raja Melewar (IPGRM) untuk bercuti. Saya memutuskan untuk tidur semalam di sana.

Latihan

Apabila tiba di sana, sempatlah juga saya merayap di sekitar Giant dan menikmati hidangan makanan. Lebih kurang jam 8.30 malam, saya menunggu mereka di depan IPGRM dan terus sahaja ke rumah Sdr Mawlid. Dimulakan dengan sesi beramah-mesra dan diakhiri dengan sesi bergendang dan mengeteh.

Sedar-sedar, jam sudah 3 pagi. Humang aih! Terpaksalah saya beransur kerana ada tugas bergendang di Cheras Perdana (CP3). Ada lapang, Insya-Allah saya sampai lagi di sana.

* Kumpulan Sanggar Sembilan juga memainkan irama Gamelan, Cak Lempong dan menjalani latihan silat serta aktif membuat persembahan kebudayaan di sekitar Negeri Sembilan dan menerima jemputan di mana-mana.

Read more...

Monday, October 10, 2011

Mc Donald Datang Lagi!




Tarikh : 9 Okt 2011
Masa : 9 pagi

Lokasi : Mc Donald, Seremban

Penganjur : La Obe Entertainment


Terima kasih kepada La Obe Entertainment yang menjemput KGGK untuk mengiringi perasmian Mc Donald, cawangan Seremban.

Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Bergendang di Mantin, N9 - 2005


Gambar ini agak lama. Scan (imbas) pun sudah lama, tapi entah di mana tersimpan. Tup... tup terjumpa dalam emel lama. Ketika KGGK tidak mempunyai blog lagi. Jadi, gambar ini dipaparkan untuk kenangan-kenangan ketika bermain di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2005. Banyak lagi sebenarnya gambar bermain gendang tapi entah ke mana entah perginya. Hmm ... mungkin kena cek dalam simpanan dulu-dulu agaknya.

p/s : Bulat - mana gambar main di Merak Kayangan baru-baru ini?

Read more...

Saturday, October 6, 2007

Pesta Gendang Sedunia 2007

Alhamdulillah, KGGK mendapat jemputan untuk memeriahkan World Drum Festival 2007 di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Sila klik logo di bawah ini:


Read more...

Wednesday, July 25, 2007

Jemputan Di Nilai

Petang tadi Onn memberikan SMS yang dia tak dapat pergi ke Nilai untuk bermain serunai bagi kawan dari Pertubuhan Silat Sendeng Malaysia. Menggelupur saya ketika itu kerana serunai tertinggal di rumah rumah Cikgu Ramli. Nak jadi cerita, handfon pula terkena air. Aduh! Kalut sekejap. Terpaksa biarkan dahulu handfon. Kemudian ok dan boleh menghubungi mereka, tapi petang ini hf meragam lagi! Hujan pula turun dengan lebat. Cubaaaannnn .... :)
------------------------------------------------------------------
Tapi akhirnya saya menerima sms mengatakan perjalanan ke Nilai dibatalkan atas sebab2 masalah kesihatan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP