Showing posts with label Dwn Merak Kayangan. Show all posts
Showing posts with label Dwn Merak Kayangan. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Merak Kayangan - Suatu Episod Cinta

pasangan raja sehari

Hari Ahad pula, jemputan bermain di Merak Kayangan. Dua minggu sebelum majlis, Cik Nadia (kini puan) sudah menempah kami. Majlis kali ini bermula agak awal sedikit dan berakhir juga agak awal dalam 2.30 petang. Ketika di sana, saya disapa oleh pengantin lelaki, En Sobri, dalam hati saya macam pernah tengok mamat ni tapi di mana ya. Lama2 baru saya teringat beliau pernah memasuki rancangan realiti tv, Akademi Fantasi musim ke-10 kalau tidak silap saya tapi tidak berjaya.

Namun begitu majlis yang berlangsung, sangat meriah - dengan paduan warna merah sebagai tema, dewan yang mendamaikan. Memang tidak salah lagi kalau majlis yang diadakan itu amat membahagiakan. Saya kata kepada Cikgu Ramli, suasana dalam dewan ini agak mendamaikan jiwa. Beliau senyum sahaja.

Tugas kami dibahagikan pada dua sesi. Sesi pertama jam 11.45 hingga hampir jam 1 petang. Kemudian sewaktu makan, kami bermain lagi, diselang-seli dengan ucapan MC, tayang montaj serta biodata yang dibacakan oleh rakan mempelai.

Terima kasih kepada tuan rumah, Pn Nadia dan suami yang menjemput kami dan rakan2 juga KGGK yang turut menjayakan majlis tersebut. Alhamdulillah.

p/s : Makanan - terbaik!

Read more...

Thursday, November 27, 2008

Laporan 16/11/08 - Dewan Merak Kayangan


Seawal pagi lagi kami sudah tercatuk di dewan tersebut. Mengenangkan janji penganjur yang akan memulakan rehesel seawal jam 9 pagi. Akhirnya kami keletihan sahaja berada di situ. Penganjur tidak nampak batang hidung. Lewat jam 11.30 barulah penganjur muncul dengan mengatakan bahawa keretanya adalah masalah pagi tersebut. ; ) Disebabkan kelambatan tersebut, adik-adik dari Pak Ngah Productions memulakan latihan dan rehesel mereka. Sementara kami melopong untuk beberapa ketika.

Namun rehesel dijalankan juga, dengan mengangkat tandu serta diiringi ala-ala pengawal berserta dengan iringan kompang di separuh perjalanan. Kemudian disambut pula dengan paluan gendang silat. Sayang tiada gambar ketika majlisnya benar-benar bermula; kerana saya meniup serunai dan kebetulan cikgu Ramli lupa untuk membawa kameranya. Hanya ada beberapa shot yang saya ambil untuk kenang-kenangan sahaja.

Apabila majlis sebenarnya berlangsung, barulah tampak kemeriahannya yang sebenar. Majlis bermula dengan bacaan berzanji serta selawat ke atas junjungan Rasul kita. Jam 12.45, majlis pun bermula. Perarakan masuk 3 orang budak yang akan dikhatankan serta paluan kompang. Kemudian kami menyambut pula, kemudian disusuli pula dengan sembah tari dan tempur pasukan Seni Silat Gayong Malaysia. Kemudian kami berhenti seketika untuk memberi laluan pada live band yang hadir. Majlis berjalan dengan selang-seli dengan mereka.

Lewat jam lebih kurang jam 2 ptg, majlis berakhir dengan tarian poco-poco? Hehehe .... Hari tersebut benar-benar menguji kesabaran kami. Kelewatan pihak penganjur ini semacam (bukan semua) menjadi trend pula di KL ini. Sebab kami dimaklumkan sehari sebelum tersebut, mengatakan bahawa bonda Tuanku akan turut hadir ke majlis tersebut. Kemudian dikhbarkan juga bahawa pihak media akan datang. Saya tersenyum sendirian mengenangkan itu semua.

Read more...

Tuesday, December 25, 2007

Laporan Majlis 15.12.07

Alhamdulillah, jemputan bermain di dewan Merak Kayangan ini sudah beberapa kali kami lunasi. Majlis ini berlangsung dengan gilang-gemilang bersama aturcara dan protokolnya yang tersendiri. Seawal pagi, kami sudah hadir di situ utk menghadiri sesi rehersel yang diadakan meskipun agak lambat dari waktu yang dijadualkan. Majlis yang dihadiri oleh tetamu dari Petronas dan Shell. Sayang benar saya terlupa memberikan kamera utk kawan2 saya yang hadir utk membingkaikan kenangan pada malam itu.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP