Showing posts with label Temasik. Show all posts
Showing posts with label Temasik. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Waris Dari Temasik


Gambar kenang-kenangan

Sudah hampir dua tahun Kump Langgam Mustika (KGLM), dari Temasik menjalani latihan yang sekali-sekala. Namun, baharu kali inilah, kami merasakan ada tenaga yang terpancar dari sanubari mereka yang hadir. Kesungguhan dan iltizam untuk menguasai permainan gendang silat terpapar dari kecepatan mereka menguasai irama asas lagu berjalan sebelum melangkah jauh. Sesekali ada juga undangan yang dipenuhi oleh mereka.

Untuk itu, tahniah diucapkan kepada KGLM yang hadir selama 3 hari untuk menjalani latihan bersama. Tidak bertangguh, hari pertama menjejakkan kaki di sini pada 14 Jun, latihan sudah dimulakan apabila selesai mendaftar di hotel yang berhampiran dengan Jusco Cheras Selatan. Lebih kurang jam 11 pagi latihan dimulakan hinggalah jam 6.30 petang.

Konspirasi kek birthday ... hehehe

Selamat hari lahir kepada Fizah

Sebelah malam, mereka dibenarkan berehat. Memandangkan kepenatan masih belum usai, dapatlah bersiap-sedia untuk latihan pada 15 Jun. Jam 3.00 petang, lebih kurang (hari Jumaat), latihan kedua dijalankan. Kali ini kehadiran sdr Nizam (Lela Rentaka), menghidupkan lagi suasana latihan. Tambah menarik, hari tersebut merupakan ulang tahun kelahiran salah seorang anggota KGLM, iaitu Fizah aka merangkap pengurus KGLM. Meskipun disambut secara sederhana, namun kemeriahannya tetap dirasakan. Alhamdulillah. Lebih-lebih lagi sdr Nizam 'dipekena' oleh kami semua. :) Jangan marah aaa Nizam. Latihan diteruskan hinggalah petang menjelma, dan akhirnya sampai masa untuk mereka berehat.

Cikgu Ramli dengan kata-kata hikmah

Sdr Azam - memerhatikan ...

Hari terakhir latihan, 16 Jun, menyaksikan kehadiran Cikgu Ramli, Sdr Azam (KGGK) untuk memantapkan lagi sesi latihan bagi mereka. Latihan diteruskan, namun dua anggota KGLM terpaksa pulang dulu ke Temasik atas tugasan lain yang menanti. Namun latihan tetap diteruskan. Alhamdulillah, hinggalah penutup majlis latihan, dapatlah Cikgu Ramli dan kami mengongsikan sedikit sebanyak pengalaman, panduan dan nasihat - diberikan kepada mereka agar terus gigih berlatih dan tidak putus asa. Jam 5, kami berhenti latihan.

Tempat Latihan

Pada sebelah malamnya, saya membawa mereka ke AnW yang berhampiran. Menurut mereka, di Temasik sudah tiada. Saya katakan bahawa di sini juga payah untuk jumpa. Tak laku agaknya. Namun demi KGLM, saya tunaikan hasrat mereka kerana restoran segera itu agak dekat dengan rumah.

Makan di kawasan Masjid India

Esok pagi, KGLM dihantar oleh saya ke kawasan Masjid India di KL. Memandangkan ada benda yang saya cari, maka saya juga ke sana. Kami makan-makan, borak dan bergelak ketawa. Moga-moga KGLM akan datang lagi ke sini untuk meneruskan tradisi pergendangan silat di Temasik kelak. Apapun yang diperolehi, moga menjadi kebaikan dunia akhirat, amin.

ps/ : Terima kasih khas kepada Cikgu Ramli, Sdr Azam dan Sdr Nizam yang turut hadir untuk sesi latihan KGLM.

Read more...

Tuesday, June 7, 2011

Kenduri KGLM di Temasik : Bhg 1 & 2

Justify FullDi LCCT

3 Jun

Hampir setahun berlalu sejak kami menjejakkan kaki ke bumi Temasik. Kali ini kedatangan kami adalah untuk meraikan majlis perkahwinan dua orang anggota KGLM. Peberbangan kami dari sini tidaklah begitu lama, hanya mengambil masa 45 minit sahaja dari LCCT. Dari rumah Cikgu Ramli, kami berkumpul, menaiki dua LRT, ERL dan kemudiannya bas dari Salak Tinggi menuju LCCT. Sebelum tiba ke sana, kami sudah bersiap-sedia apa-apa yang patut, enggan berposah di sana nanti untuk membeli apa-apa.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

Setibanya di sana, kami disambut oleh Sdr Zaki dan Syafiq. Meskipun tiada tag KGGK, namun sdr Zaki mengenali dan menegur kami terlebih dahulu. Dalam pada itu, sdr Azam ditahan pula oleh pihak kastam Temasik kerana tidak declare bawa rokok lebih. Hehehe ... kami risau juga. Terbayang kisah2 dalam tv apabila seseorang ditahan oleh pihak kastam di lapangan terbang. Rupanya sdr Azam hanya dikenakan cukai kerana membawa rokok lebih - 2 kotak je! Maka terbanglah 15 dolar Singapura ketika itu. Kami katakan kepada Azam, tak mengapa, ada hikmah dan ada pula cerita ke Temasik.

Suasana di dalam resort Aloha Changi

Kemudian Sdr Zaki membawa kami membeli makanan (memang tengah lapar masa tu!), balik ke rumah tumpangan Alora Resort, kami membedal. Tak kira, perut dah pedih. Namun cuaca di situ tidak membenarkan saya dan Cikgu Ramli untuk lelap lebih awal. Bahang panas melekit yang menggigit, menyebabkan kami lambat tidur, walaupun sdr Sharul dan Azam sudah belayar jauh ke alam mimpi.

4 Jun

Bersama Sdr Hairil CDM

Hari ini adalah merupakan hari pernikahan sdr Adi dan Fiza. Jam 2 kami dijemput oleh sdr Syafiq. Wah, kali ini rider kami seperti Kamen Rider, meluncur pantas bagaikan tiada kenderaan lain di atas jalan. Ngam! Namun setibanya di sana, kami hanya menunggu di luar kerana keadaan rumah penuh sesak dengan orang yang hadir. Akhirnya, kami hanya ke bawah dan menikmati makan tengahari sambil melayan sembang dengan Hairil. Sempat juga berjumpa dengan kedua orang tua Fiza.

Bersama Keluarga Fiza

Malam

Dek kerana keletihan, kami semua terbongkang. Tapi semangat 'lapar' mendesak kami untuk keluar semula walaupun jam sudah hampir menunjukkan angka 1. Lagipun, saya memikirkan tidak berjalan ke mana, maka kami berjalan sahaja ke kedai mamak yang berdekatan. Apabila terbau roti canai, semangat menyembang menyala semula dan lama juga kami bersembang. Selesai mee goreng mamak, barulah kami beransur dengan kenangan - Roti Goreng Basah! - penangan terlalu penat!

5 Jun

Seperti yang dijadualkan, pagi ini sdr Zaki datang menjemput kami. Berpusing2 dari rumah Adi dan Fizah. Namun sementara menantikan rombongan dari rumah Adi ke fizah, kami menyantap dulu dan bermain beberapa lagu atas permintaan pihak pengantin. Majlis perkahwinan di sana sebenanrya tidak banyak beza seperti di sini. Masih lagi ada sistem gotong-royong dan sebagainya. Suasana usik mengusik, hingar-bingar majlis tetap sama.

Pasangan mempelai yang diraikan

Sumber 3 gambar - dari FB Bro Arjuna, MC Cool!

Selepas dari rumah Adi, kami ke rumah fiza untuk majlis yang seterusnya. Di sana, kami mengarak mempelai ke pelamin, kemudian disambung pula oleh pasukan kompang Senandung Ria. Di situlah, baru kami bermain lagi. Kami diberi masa lebih kurang, 30 minit. Meskipun hanya sekejap, namun kami cuba memberikan persembahan yang terbaik sebagai kenang-kenangan untuk orang di sana.

Kumpulan Kompang Senandung Ria

Kemudian, patah balik ke rumah Adi, kali ini Cikgu Ramli pula mengambil alih tugas meniup serunai. Kena pula masa orang bersilat, hampir 7-8 orang yang keluar menggayakan tari perguruan masing-masing. 8 orang bukanlah sekejap masanya, hampir 15-20 minit jugalah. Saya katakan kepada cikgu ramli, sekali tiup sudah cover 8 lagu! Hanya sesudah itu, kami berhenti rehat kerana memberikan laluan kepada kumpulan dikir barat Cucu Datuk Merah (CDM) dan rakan-rakan mereka. Lega juga rasanya ...

Dan ketika itu jugalah saya bertemu-bual dengan sdr Johan Jamali. Hanya bertemu beliau masa mula-mula datang dulu, tapi tak lama. Kali ini sdr Johan mengambil alih tugas Syafiq dan Zaki, membawa kami ke rumahnya berehat sambil menikmati sup tulang kambing yang berwarna merah. Tapi memandangkan masa agak terhad, maka terpaksalah kami berlalu ke lapangan terbang. Penerbangan balik ke KL jam 8.45 malam.

Nama jalan - tempat sdr Johan membeli Sup Tulang Kambing (merah)

di rumah Sr Johan - sebahagian dari koleksi kerisnya

p/s : Terima kasih kepada sdr Adi dan Fiza yang menjemput KGGK ke sana. Sdr Zaki dan Syafiq yang membawa kami ke sana, ke mari. Sdr Johan, yang belanja makan sup tulang merah, keluarga, sahabat dan kenalan di Temasik. Terima kasih sekali lagi atas layanan yang tidak berbelah-bahagi. Terima kasih semuanya.

Read more...

Friday, December 24, 2010

Foto

Apa agaknya perkembangan Aziz?

Rehat sebentar ...

Tempat latihan ...

Diambil dari FB salah seorang anggota KGLM, Fidzah.
Teringat sewaktu kedatangan
famili gendang silat dari Temasik ...

Read more...

Monday, July 26, 2010

Blog KGAR dan KGLM

Kumpulan Gendang Anak Rimau (KGAR)
Batu Gajah, Perak

Kumpulan Gendang Langgam Mustika - (KGLM)
Singapura

Sila klik banner untuk ke blog mereka.

Walaupun masih baru, tapi sudah berani melangkah ke hadapan, tahniah daripada ahli KGGK. Semoga kalian meneruskan perjuangan memelihara warisan tradisi budaya Melayu. Takkan Melayu hilang di dunia! Insya-Allah, amin. Doa kita agar dapat menjadi leidah penyambung seni lama agar tak luput dek panas, tak lekang dek hujan, insya-Allah.

p/s : Tahniah kepada admin blog yang mereka blog masing-masing.

Read more...

Monday, July 5, 2010

KGLM Di National Pencak Silat Championship 2010

Hasil gambar pencilokan dari FB Fizah - Pengurus KGLM (yang jelita tapi garang :) Singapore mali don't play-play ah! Tahniah diucapkan, insya-Allah berkat usaha yang berkekalan, moga-moga dipermudahkan pembelajarannya, amin.



Bersama ini ditampal video klip semasa persembahan penutup National Pencak Silat Championship 2010. Lagu yang dibawa adalah 'Layang Mas'. (Harap diceritakan rinci dalam blog KGLM akan datang).

Kata KGLM ia adalah jemputan untuk majlis penutup National Pencak Silat Championship 2010. Meskipun masih baru, namun kami menggalakan mereka untuk mencuba dan insya-Allah suatu masa nanti KGLM akan diiktiraf di sana. Pakcik Din Guai dan Pak Teh Mat Khir pernah berkata bahawa suatu masa dahulu di bumi Temasik memang ada permainan gendang ini tapi entah bila kala agaknya ia semacam pupus di dan tidak lagi dimainkan di sana.

Harapan kami semoga KGLM akan terus melestarikan dan mengembang biakkan di bumi Temasik dengan irama gendang silat aliran utara ini. Dan semoga ia tidak pupus lagi di bumi Temasik dengan kehadiran KGLM. Akhir kalam untuk entri ini - bila nak mai KL lagi?

Read more...

Tuesday, June 29, 2010

Kump Gendang Anak Harimau dan Kump Gendang Langgam Mustika

Kumpulan Gendang Langgam Mustika,
Singapura.
(kredit : dari FB Sharingan Ismadi)

Kumpulan Gendang Anak Harimau
Batu Gajah, Perak
(kredit dan dari FB Kump Gendang Anak Harimau)

Tiada perkataan lain terucap dari bibir, melainkan syukur kepada Allah apabila melihat perkembangan pelatih-pelatih dari Perak dan Singapura. Meskipun masih di tahap awal, alhamdulillah sudah dijemput untuk bergendang. Syukur kepada Allah. Semoga mereka dapat mengembangkan lagi di tempat masing-masing disamping melanjutkan lagi pembelajaran dalam pergendangan silat aliran utara.

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Kembara Ke Bumi Temasik : 30 Jan - 2 Feb 2010 : 2

Saya, Adi & Sharul

Airil dan Tina

Sharul, Airil, Tina dan Fiza


Hari keempat (hari terakhir)

Hari terakhir kami di sana, tak ada apa-apa sangat. Dalam jam 11 lebih kurang, Fiza dan Adi mai ambil kami di penginapan dan terus ke lapangan terbang Changi. Terima kasih tidak terhingga kami kepada sdr Adi, Fiza, Airil, Tina yang rajin melayan kami merayap di sana. Dan juga tidak ketinggalan kepada sdr Mat (suara nyanyi dikir sedap oooo), Johan, Apai dan lain-lain, amnya pada kumpulan Dikir barat Cucu Datuk Merah (CDM). Sesungguhnya kenangan kami di bumi Temasik amat tersemat di sanubari sampai bila-bila.

Maklumlah merantau di tempat orang, amat berbeza sekali di sini namun masih lagi serumpun, satu bahasa dan satu bangsa. Semoga di lain hari akan ada kelapangan untuk bertandang ke sana lagi jika diizinkan Allah.

Untuk bahagian akhir ini, pantun yang terterta di bawah ditujukan kepada mereka di sana :

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Pergi ke kota mencari sayur
Singgah dulu di surau kampong
Budi dikenang nama tersuhur
Basah mulut sentiasa disanjung

Tanam halia dengan berangan
Bunga hiasan di tepi laman
Budi mulia ditinggal jangan
Jadi warisan zaman berzaman

Bahagian satu
Bahagian dua
Bahagian tiga

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

Kembara Ke Bumi Temasik : 30 Jan - 2 Feb 2010 : 2





















Hari Ketiga


Hari ni adalah hari kami berjalan-jalan di sekitar Singapura. Sekali lagi Fiza dan Adi menjadi pemandu pelancong kami yang sangat sabar, sambil ditemani oleh Airil. Dan maklumlah, dah lama tak ke sana, jadi agak jakun juga melihat kawasan sekitar sana. Tempat pertama kami dibawa ke sekitar Geylang. Seperti biasa lebih banyak berjalan daripada membeli barang-barang. Tak larat sey, mahal! Mahallah kalau ikut nilai mata wang Malaysia. kalau ikut matawang sana, macam biasa je harga dia. Ada le beli sehelai dua buat kenang-kenangan.

Kemudian, kami dibawa pula meronda ke Kampung Melayu. Kerja merayap aje lah. Termasuklah melawat ke istana Kam[ung Gelam, kawasan Arab Street, Taman Warisan dan pada sesi malamnya kami bergendang di tepi pantai Changi. Peh, sejuk beb. Kawasan yang jauh daripada kawasan perumahan, kami bergendang hingga larut malam, barulah berhenti. Memang hari ketiga ini adalah antara hari menjadi kenangan dalam memori kami kerana puas dibawa berjalan oleh mereka.

Selepas dari bergendang, kami dibawa pula ke Marina Barrage. Kawasan yang sedang dibangunkan oleh kerajaan sana.




Bahagian satu
Bahagian dua

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP