Artikel Lama
Sekitar tahun 2000 dan 2001, memang saya menjadi penulis tamu untuk majalah Seni Beladiri bagi bahagian gendang silat. Ketika itu, niat saya menulis hanyalah untuk memberi pendedahan secara umum kepada masyarakat. Saya selak2 semula fail2 lama dan menjumpai salinan fotostat artikel yang sudah tersiar. Idea untuk menulis sudah ada, hanya tinggal melaksanakan sahaja, insya-Allah.
Ini adalah salah satu contoh artikel - Kisah salah seorang guru gendang dan serunai, Pakcik Din Guai, juga merupakan salah seorang guru kami di Jengka 6, Pahang. Hasrat saya selepas menulis sekian artikel itu, ingin saya bukukan. Namun apabila ditanya pada salah sebuah syarikat penerbitan, jawapannya begini, "Tidak ada nilai komersil, siapa nak beli buku fasal gendang?"
Sejak dari itu, semangat saya untuk menulis tentang pergendangan semacam 'termati', hinggalah bertemu dengan Abu Huzaifah.
p/s : Terima kasih bro Huzaifah ... bro, lu bagi semangatlah kat gua!









Foto ini agak sudah lama juga. Saya pun sudah hampir hampir terlupa tarikhnya, tapi kalau tidak silap saya ianya diambil pada tahun 2005. Ketika itu kami mengunjungi Pak Teh Mat di Jitra, Kedah. Kebetulan mereka sedang bersiap-siap untuk ke majlis walimatulurus. Jadi, saya tanyakan Pak Teh bolehkah saya mengambil gambar mereka buat kenang-kenangan. Apa lagi, Pak Teh pun mnggesa mereka untuk bergaya dan melakukan aksi sedang bergendang. Sdr Hizzal yang menjadi jurukameranya. Saya senyum teringatkan masa itu.
Dan terlebih istimewa ada pengalaman mereka yang saya abadikan di dalam novel saya yang berjudul 'Lagukan Senandung Itu' selain dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan. Pahit manis dalam perjuangan untuk memartabatkan seni budaya ini punya seribu satu macam cerita. Ada yang pahit, ada yang manis - semuanya tersimpan kemas dalam cakera ingatan saya. Namun masa mencemburui sangat, kini kumpulan ini sudah tiada, namun patah tumbuh hilang berganti. Dalam pertengahan tahun ini saya telah ke Kedah dan dapat melihat tunas baru bercambah semula dan masih ada lagi pengganti mereka ini.
Kini, adik-adik saya ini telah dewasa dan sedang dalam menengah 5 dan menanti keputusan SPM. Doa kita buat mereka agar berjaya dalam peperiksaan dan dunia pergendangan yang dimonopoli oleh kaum Adam. Agak lama juga saya tidak berjumpa dengan mereka apabila ke Kedah. Masing-masing sudah dewasa dan punya arah tuju berbeza.





