Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

E-mel Baru Kami

Salam hormat,

E-mel terbaru kini adalah gemalakasturi@gmail.com - mohon maaf kerana emel lama kami menghadapi masalah. Harap dapat menggunakan emel baru kami untuk segala urusan. 

Terima kasih.

Read more...

Friday, December 12, 2008

Promosi Seni dan Budaya - Semarak Budaya


Sila klik gambar untuk besarkan saiz

Read more...

Wednesday, July 4, 2007

Kelas Serunai

Sudah hampir beberapa tahun kami menerima emel untuk belajar serunai secara personal, namun hingga kini masih tidak tertunai oleh kami. Jadi, tahun 2012 ini kami bercadang untuk membuka kelas bermain serunai kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya. Namun, buat masa ini kelas hanya dibuka pada hujung minggu sahaja dan tertakluk pada perubahan. Dan setiap kelas adalah 2-4 orang sahaja - untuk menjaga kualiti.

Kelas : Serunai Shj (Aliran Utara)
Katogeri : Asas (Tahap I)
Hari : Setiap Sabtu & Ahad
Masa : 9pg - 1 ptg (Sabtu), 2ptg - 6 ptg (Sabtu)
: 9pg - 1 ptg (Ahad)

Tempat : Balai Raya,Jln CP/3
Tmn Cheras Perdana, Cheras, Selangor
(Berhampiran dengan Jaya Jusco Cheras Selatan)
Untuk peta, sila klik sini.

Bayaran : Seorang RM 50/per kelas
(Dibayar sebelum kelas bermula)
- Makan dan minum tidak disediakan.

* Jadual di atas tertakluk pada sebarang perubahan. Jadi, kepada sesiapa yang benar-benar serius, hubungi @ sms 019-2414928 (Cikgu Khairul) @ emel ke gemalakasturi@yahoo.com, seminggu sebelum kelas untuk mengesahkan kehadiran.

* Serunai tidak disediakan, kecuali atas permintaan dan dikenakan caj sebanyak RM 10.00

* Untuk kelas asas, sila bawa sebotol air mineral kecil.

Read more...

Friday, June 22, 2007

Kumpulan Gemala Kasturi


Blog ini sebenarnya dibangunkan adalah untuk tujuan promosi dan peribadi serta merakamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Kumpulan Gendang Gemala Kasturi

Kadangkala ada yang bertanya tentang cara permainan gendang kami. Jadi dengan adanya catatan ini akan memudahkan kepada mereka yang ingin melihat perkembangan dan ingin mengetahui tentang kumpulan kami ini. Segala perihal yang dicatatkan di sini adalah hakmilik peribadi dan sebarang pengambilan dari blog ini hendaklah diberikan kredit kepada pemilik blog ini. Terima kasih.
-------------------------------------------------------
Kumpulan pada asalnya ditubuhkan dalam awal tahun 2000, bermula dengan pemain serunai, gendang ibu, anak dan gong. Barisan awal adalah terdiri dari michai (serunai), hidayat (gendang ibu), shahrul(gendang anak), Cupin(gong). Masa berlalu, akhirnya hanya beberapa orang sahaja yang kekal hingga ke hari ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP