Showing posts with label Al-Kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-Kisah. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Kisah Malang Seorang Insan Seni

Sumber gambar (Fan Page FB Bersamamu TV3)

Kebetulan malam semalam saya membuka TV dan terlihat rancangan Bersamamu, TV3. Kisah insan seni, pembuat alat muzik tradisional yang hidup melarat dan terbiar sesudah uzurnya. Hati saya pilu, dan turut terheret dalam kesyahduannya. Namun apa kan daya, jauh beribu batu tangan sampai. Harapnya, artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak resah hidup yang melanda keluarga, cuma sayang saya dapat lihat separuh sahaja rancangan ini. 

"Salam, jangan lupa temujanji anda esok Bersamamu menemui anda minggu ini kisah insan seni yang merupakan pembuat peralatan muzik tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang kini kian uzur dan tidak mampu lagi untuk menghasilkan alat muzik yang tiada tolok bandingnya...." - Sedutan tulisan di Fan Page Bersamamu TV3

 Di mata umum, saya membaca Fan Page Bersamamu TV3, hanyalah saranan dan cadangan yang belum tentu akan terlaksana. Punbegitu, kita faham dan mengerti situasi yang berlaku. Harap-harap adalah YB mana-mana yang datang menjenguk Pak Da. Jangan masa mahu pilihanraya sahaja mahu turun padang dan melihat rakyat. Apa pun, kami di KGGK mengharapkan agar ada pihak yang dapat bertindak untuk membantu insan seperti ini, bukan sahaja di Kelantan, tapi di seluruh negara. 


Kalaulah insan-insan seni seperti pelakon dan muzik moden ada yang membela, mengapa insan seni tradisi seperti ini tidak ada dana dan sebagainya. Mengapa mereka tidak dimasukkan ke dalam katogeri tersebut, mendapat pembelaan yang sewajarnya?Terima kasih pada TV3 yang prihatin dengan kesukaran yang dialami oleh penggiat2 seni tanah air. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah seperti ini yang berlaku, tapi cukuplah ia sebagai pengajaran.

Jangan esok, orang nak salahkan penggiat seni tradisi kenapa tak teruskan perjuangan. Dan tak hairan juga mengapa anak-anak muda kini lebih akur pada muzik moden yang menjami masa hadapan mereka jika dibandingkan dengan muzik tradisi. Namun begitu, pejuang-pejuang seni haruslah bertindak bijak untuk mempromosi dan tampil ke hadapan juga bagi mengenegahkan seni ini agar terus dikenali dan tidak dilupakan oleh generasi akan datang. 

p/s : Kalau blog pun malas nak kemaskini, tak tahu nak cakaplah, payah bersuruh baru nak buat. Memang tak hairanlah kalau seni ini ....

TERIMA KASIH KEPADA PEJUANG-PEJUANG SENI TRADISI YANG TIDAK PERNAH MENGALAH DAN TERUSKANLAH PERJUANGAN SAMPAI BILA-BILA!

Read more...

Friday, December 24, 2010

Sekali Pena Menari

Syukur alhamdulillah, atas sisa-sisa semangat yang ada dan sokongan dari rakan-rakan sealiran minat, dapatlah saya menyiapkan satu artikel pengenalan berkaitan dunia gendang silat. Ia sebagai permulaan dan tandaan bahawa saya akan menulis lagi di majalah Seni Beladiri . Setelah sekian lama merehatkan pena dari meninta, saya bersyukur atas izin Allah, dapat lagi saya menulis.

Insy-Allah, saya akan menulis topik-topik yang berkaitan dengan seputar dunia gendang silat. Kalau berjalan ke Perak, Pahang atau Kedah, bahan-bahan akan dicari untuk dihidangkan kepada para pembaca. Ya, saya akan terus menerus menulis selagi ada daya dan keizinan Dia, amin.

Terima kasih kepada sdr R.A Huzaifah yang menjadi sumber inspirasi untuk saya menulis semula. Juga kepada abang Azlan Ghanie yang memberikan ruang dan peluang untuk saya menulis lagi di SB. Harapan saya agar rakan-rakan terus menyokong dan memberi respons, cadangan atau komentar sekiranya perlu. Saya juga masih mencari dan akan terus menggali kisah dalam dunia gendang silat. Wuallahua'lam.

p/s : Kepada rakan-rakan gendang silat di tanah air, silalah berhubung dengan saya agar dapat ditemuramah sama ada individu @ kumpulan (mungkin temuramah secara live @ emel). Sila emel gemalakasturi@yahoo.com. Terima kasih.

Read more...

Friday, December 10, 2010

Semalam Kubermimpi ...

Semalam kelopak mata begitu degil untuk terpejam. Terfikir. Terfikir betapanya irama gendang silat sejak dari dahulu hingga sekian kini, masih lagi tidak begitu diketengahkan. Berbanding dengan seni lain seperti tarian, silat, seni melukis, fotografi dan sebagainya. Ia masih lagi tidak dikenali dengan baik oleh masyarakat Malaysia. Masih ada lagi yang tidak membezakan serunai dan seruling, masih tidak tahu bagaimana bunyi muzik gendang silat.

Lalu timbul ilham untuk mengadakan blog yang mengumpulkan semua aliran permainan gendang silat sebagai suatu pendedahan kepada umum. Selain ini ia sebagai satu wadah untuk menarik minat anak-anak muda untuk mempelajarinya. Dengan adanya blog tersebut, dapatlah mereka yang berminat untuk memanggil kumpulan yang disenaraikan kelak membuat persembahan; atau mana yang minat untuk mempelajarinya, bolehlah menghubungi kumpulan tersebut.

Selain itu, ia juga sebagai usaha untuk mengenegahkan bakat-bakat lama, muda sebagai satu inspirasi kepada umum. Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga diharapkan dapat mempromosikan irama permainan gendang silat ini ke sekolah-sekolah, IPT, jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya. Sekarang ini, tidak banyak IPT yang mengambil gendang silat sebagai salah satu aktiviti ko-ku. Jadi, dengan wujudnya blog ini dapatlah sekiranya mereka berminat, menghubungi kumpulan yang terdekat dengan tempat mereka.

Dan paling penting, ia adalah sebagai satu wadah terkuat untuk menyokong perkembangan dan kesinambungan kesenian ini agar sentiasa mendapat tempat di hati generasi akan datang dan peminat irama ini. Harapnya tujuan pengumpulan kumpulan ini tidak disalah ertikan. Saya tidak punya apa-apa agenda selain dari memakmurkan seni budaya pergendangan silat Melayu. Itu sahaja. Wuallahua'lam.

Blog yang dibangunkan - sila klik sini

Read more...

Berlatih Gendang

Inilah tempat kami berlatih dulu, di rumah abang Khir, Batu 7, Sungai Pusu, Gombak. Untuk itu, KGGK sangat-sangat berterima kasih kerana membenarkan kami berlatih di rumahnya. Hari Jumaat malam adalah malam yang dinanti-nantikan oleh kami untuk ke sana; berlatih gendang.

Dan di situlah juga bermula perjalanan KGGK merantau pertama kalinya ke Felda Bukit Mendi, Pahang. Semuanya atas bantuan sdr Ijan (duduk di rumah abang Khir, beliau orang Felda Bukit Mendi), kami mengenali Pakcik Din Guai (Jengka 6) hingga kini. Sejarah KGGK berlatih gendang, banyak tempat yang kami rasa... Dari rumah rakan, hinggalah ke taman rekreasi, di stadium bola sepak Cheras, Klang Gate, Taman Melawati, taman permainan ... Semuanya menjadikan KGGK bertambah matang dengan pengalaman yang menjadi guru.

Semua ini membuatkan saya terkenang betapa seronoknya kalau dapat ke Pahang atau Kedah. Boleh bergendang sakan sampai ke pagi. Kadang-kadang cemburu juga melihat rakan-rakan di sana. Berbanding dengan KGGK yang membesar di KL, namun segala kesukaran ini ditempuhi juga atas nama minat dan warisan. Alhamdulillah, syukurlah KGGK masih dapat bertahan hingga kini. Sejak dari awal penubuhannya, sekitar awal tahun 2001.

Keluarga KGGK semakin membesar kini. Tiada tujuan lain, KGGK hanya berharap dapat mengembangkan seni warisan ini dan dapat mengekalkan ketradisiannya.

Read more...

Tuesday, November 2, 2010

Serunai Puaka - Muncul Semasa Ajal


klik imej untuk besarkan saiz

Nauzubillah min zalik ...
Kredit - Mastika, edisi November 2010

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP