Pindah Ke Blog Baru
10 years ago
Gambar kenangan bersama pelajar ko-ku Gendang Silat sesi 2011
Tarikh : 4 Dis 2011
Masa : 9.00 malam
Lokasi : DECTAR, UKM
Majlis : Festival Seni UKM 2011
Anjuran : Unit Kebudayaan UKM
Sdr Azam (baju biru)
Malam itu, majlis dimulakan dengan gabungan muzikal kumpulan muzik dan kesenian ko-ku UKM. Acara dibuka dengan tarian dan seterusnya pasukan gendang silat. Segalanya berjalan lancar, kecuali ada sedikit salah maklumat; namun ia tidak mencacatkan majlis. Saya dan sdr Sharul awal-awal lagi sudah bergerak ke UKM untuk mengelakkan trafik yang sesak.
Acara ini berlangsung ini berlangsung pada bulan April. Sdr Johan Said dan Azam menjemput saya untuk bermain serunai bersama pelatih-pelatih baru di UKM. Mereka berdua adalah tenaga pengajar Kelab Gendang Silat di situ. Tugas saya pada malam itu adalah bermain serunai untuk lagu silat. Alhamdulillah, semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Saya bersyukur amat. Di atas ada beberapa foto ketika acara tersebut berlangsung.

KGGK kerap juga bermain untuk jemputan di UKM, tapi sayangnya ketika itu saya tidak punya kamera untuk mengabadikan persembahan di sana. Akan datang, insya-Allah sekiranya ada lagi jemputan dari pihak UKM, akan saya abadikan kisah dan fotonya di sini. Amin.
<©>Gemala Kasturi
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 6 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Gemala Kasturi. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
gemalakasturi@yahoo.com
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP