Ke Negeri Hang Tuah - 25-26.12.11
Latihan bersama
Mulanya saya merancang untuk pergi bersama Ijam (Lela Rentaka) tapi di saat-saat akhir, dia tidak dapat pergi bersama. Maka, terpaksalah saya ke sana seorang diri. Tapi alhamdulillah, selamat pergi dan balik.Perjalanan dari KL ke Melaka tidaklah jauh mana, lebih kurang sejam lebih, sudah sampai di sana lebih kurang jam 5.30 petang. Di sana Sdr Huzaifah sudah menanti di Bukit Baru Dalam (Dataran Bukit Baru). Kami makan dulu, sebelum rancangan ke rumah Guru Aziz (Persatuan Seni Silat Gerak Tepat) di Kampung Berangan, Umbai.
Sementara menanti kedatangan Hairol, saya berbual-bual dan tiba-tiba mendapat panggilan dari Kiut (salah seorang anggota Arya Putra), mendapat kemalangan. Terus sahaja kami ke Hospital Melaka yang berhampiran. Alhamdulillah, mujurlah tiada kecederaan yang berat. Kemudian, kami terus ke mengambil sdr Hairol dan menuju ke rumah Guru Aziz. Sementara Lawi Merah sudah berada di sana.
Tidak bertangguh, kami bermain bersama-sama, sehinggalah lewat malam. Alhamdulillah, terima kasih benar saya kepada Guru Aziz yang membenarkan kami menggunakan rumah persatuannya untuk berlatih gendang. Melihatkan perkembangan terkini, saya mendoakan agar cerah masa hadapan pergendangan silat Melayu (aliran utara) di sebelah selatan (dengan berkat dan doa barisan guru). Selain itu, dapatlah kami memperbaharui silaturrahim sesama sendiri.
Selepas bergendang, kami minum dan bersembang sehingga pagi. Keesokan harinya, saya sempat mengikut Sdr Huzaifah untuk menghantar set gendang silat ke rumah PESAKA Melaka yang diambil di Kedah baru-baru ini.
Malam, lebih kurang jam 10.40, baru saya beransur pulang ke KL. Jika tidak kerana kesesakan lalu-lintas sepanjang perjalanan ke tol Air Keroh, tentu saya sudah balik awal. Jam 1.00 lebih kurang, saya sampai ke KL dengan selamat, alhamdulillah.
p/s : Terima kasih khas buat Pak Guru Aziz, Sdr Hairol, Sdr Malek, Sdr Kiut, Kumpulan Lawi Merah dan Arya Putra yang hadir untuk sesi latihan bersama. Juga sdr Huzaifah yang membenarkan saya bermalam di rumahnya.
Foto latihan

Semasa di pejabat PESAKA, Melaka

0 comments:
Post a Comment