Sepanjang Perjalanan : 20-21 Dis 2012
Baru kembali dari Kedah, menziarahi Pak Teh Mat Khir bersama rakan, Abu Huzaifah (Kumpulan Gendang Arya Putra, Melaka). Al-kisahnya, saya menemankan Sdr Huzaifah untuk mengambil lima set gendang silat yang ditempah sejak awalnya. Asalnya ditempah oleh PESAKA Melaka yang berhasrat untuk melestarikan permainan gendang silat aliran utara ini di sini. Jadi, ia diuruskan oleh Sdr Huzaifah, saya cuma membantu sahaja.
Sdr Huzaifah, bersama Pakcik Zainal
Namun, dalam perjalanan ke sana, sempat juga menyinggah ke rumah Guru Zainal (atau lebih mesra dengan panggilan Pakcik Zainal) dari Penang Silat Tua Organization (PSTO). Jadi, dapatlah juga berkenalan dengan beliau yang sempoi. Banyak perkara yang diperbualkan, saya seronok sekali dapat mendengar pengalaman dan perkembangan silat di Pulau Mutiara tersebut. Namun, perjalanan diteruskan, kerana mahu ke rumah Pak Teh Mat.
Tapi kami tidak lama, selesai urusan dan berbual-bual dengan Pak Teh, keesokan harinya, kami terus bertolak balik kerana sdr Huzaifah perlu kembali ke Melaka kerana ada urusan dan untuk menghantar set gendang kepada PESAKA Melaka.
Kami, KGGK mendoakan moga-moga irama ini akan berkembang di Melaka. Tidak kiralah, walaupun ia aliran gendang silat dari utara, namun tetaplah ia benar-benar milik orang Melayu, tak kira siapa dan di mana. Yang penting, mereka berminat.
0 comments:
Post a Comment