Friday, May 21, 2010

Semalam Di Malaya - Bersama Johan Ariff

Agak lama juga saya tidak berjumpa dengan sdr Johan Arif. Rakan yang kenali lebih dari 5 tahun. Ketika itu beliau merupakan wartawan di ROTTW yang mahsyur tu. Tetapi jiwa seni dan muzik dia membawa pada perkenalan, ketika itu saya menulis untuk ruang gendang silat di majalah Seni Beladiri. Selepas dari berjumpa, mengatakan beliau akan ke Bandung untuk persembahan, kami terputus perhubungan untuk sementara waktu.

Minggu lepas saya menerima mesej di FB saya. Terkejut saya, kelihatan gambar porfil sdr Johan dah macam Si Buta Dari Gua Hantu (akekeke ...), cuma tak bawa tongkat saja. Kalau tidak, sahih! Apa pun, mesej yang mengatakan beliau akan pindah ke Brunei membuatkan saya terkejut. Aih, merajuk ke orang tua ni? Atau di sana lebih masyuk? Malam tadi, alhamdulillah saya dapat bertemu beliau. Tapi wajahnya sudah bersih, tiada lagi imej rambut panjang ala Ramli Sarip atau janggut memutih yang panjang. Muka bersih je, macam budak baru lepas sunat. (jangan marah aaa Johan).

Al-maklumlah sudah lama tak berjumpa, jadi banyaklah perkara yang kami bualkan, hingga habis sekotak rokok dunhell 14, sambung sekotak lagi. Peh, dah macam naga aku! (Tunggu juga Jo nak belanja rokok... haram! Fasal tengok dia cucuk duit kat ATM ...akekeke, tapi tak mengapa, dia belanja saya minum teh tarik). Dari tradisional ke muzik moden, dari Ip Man ke silat Melayu, dari kerja dengan orang sampailah kerja sendiri. Kira topik2 sensasi dan gosip habis semua masuk. Begitulah, kalau orang muzik sudah lama tidak berjumpa, memang banyak perkara yang nak diperbualkan. Saling berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat. Cuma pendapatan saja yang tak dapat dikongsikan. :)

Walaupun sdr Johan merupakan seorang pensyarah muzik di Yamaha (kena baca : Yang Mahal) Music School, tapi kecintaan dia pada muzik tradisi Melayu masih lagi kuat. Akar tetap dipegang. Muzik tradisi Melayu tetap menjadi sanjungan dan pujaannya, itulah Johan yang saya kenal sejak dulu (walaupun belajar gendang silat sekerat je ...ehehhee). Tetap di hatinya orang Melayu, rasanya .. .rasa Melayu, jiwanya Melayu. Kalau dahulu semasa di ROTTW, beliaulah yang bertanggungjawab mengadakan segmen muzik tradisi, tapi kini sudah tiada lagi. Sudah pupus. Akhirnya beliau kerja sendiri.

Pernah sekali saya mengikuti kelas muzik beliau di Ikano Centre. Mengajar drum kepada beberapa orang pelajarnya yang terdiri daripada beberapa budak Cina dan Melayu. Selain itu, mengajar latin perkusi kepada beberapa orang asing yang berminat. Memang dahsyat bro Johan ni.

"Mahu jadi ahlil musik," katanya selain dari berkebolehan bermain peralatan rebana, gendang Melayu, gong (juga menjadi pemain gong untuk filem Sumo-Lah). Berguru dengan banyak orang serta pemuzik antarbangsa. Akhirnya cita-cita beliau untuk menjadi tenaga pengajar muzik menjadi lebih nyata dengan tawaran mengajar di Brunei. Satu famili akan berpindah ke sana. Semoga cita-cita beliau menimba pengalaman dan menjadi seorang tenaga pengajar serta perkusinis yang berjaya - akan kami doakan.

p/s : Teringat kami pernah duduk berbincang untuk menubuhkan mini grup untuk persembahan-persembahan kecil tapi tidak berjaya. Namun ada beberapa cadangan nama yang diutarakan, dan yang paling saya ingat adalah ingin menamakan kumpulan kami 'cendayam'! Kami gelak besar ketika itu!

Kisah kedua - saya pernah jamming dengan sdr Johan. Saya bermain serunai, beliau bermain drum dan ada seorang mamat mana entah bermain di studio abang Zainal Abidin. Seronok, saja bereksperimen gabungan muzik tradisi dan moden.

Dari KGGK
Gambar : Cilok dari FB beliau.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP