Monday, September 2, 2013

Dewan Gemilang UKM



Undangan bergendang di Dewan Gemilang, UKM
terima kasih atas undangan.

Read more...

Kelab Golf Rahman Putra



Undangan untuk majlis perkahwinan.
terima kasih atas jemputan.

Read more...

Jemputan Rumah Terbuka - Jalan Klang Lama : 1 September 2013





Read more...

Sunday, June 2, 2013

Undangan Ke Batu Kikir, Negeri Sembilan - 2 Jun 2013

Perjalanan pergi 

santai

Menanti giliran

Bersama otai Seni Silat Langkah 3


Perjalanan pulang

Kali ini jemputan sudah lama ditanya. Untuk kali kedua inilah, yang dapat menunaikan hasrat tuan rumah untuk menjemput kami. Kali pertama, tahun lepas, jatuh pada raya ke-3, tidak ada ahli yang dapat pergi. Kali ini, alhamdulillah dapat juga ke Batu Kikir. Selama ini hanya mendengar sahaja nama tempat ini melalui lagu Apa Kono Eh Jang. Setelah hampir 20 tahun lebih barulah sampai ke sini. Subhanallah. 

Sedari awal, saya sudah merancang bersama rakan untuk keluar awal dari KL, sementelah tidak tahu tempat dan rumahnya. Jam 8 tayar sudah bergolek menuju destinasi. Bertolak di awal pagi, tidak banyak sangat. Kami melalui lebuhraya LEKAS, memang lekas :). Sampai di simpang Senawang, Kuala Pilah, kereta kami pantas membelok ke kiri dan mencari arah dan tanda untuk menuju ke sana. Sempat jugalah kami menyinggah berhenti, serta bertanyakan jalan ke sana. Memang. Memang peta sudah ada, tapi lebih selamat dan yakin apabila bertanya. Alhamdulillah ... sampai sahaja ke Balai Polis Batu Kikir, kami membelok ke kiri. Arahnya ada Kampung Sungai Jelutong ... wah, kali ini lebih mencabar, namun suasana hijau di sekeliling menyapu resah yang bergayutan. Cepat-cepat saya menyemak semula peta di fb. Hampir juga kami tersesat jalan, tapi alhamdulillah, dapat sampai dengan selamat. 

Seawalnya kami dijamu, wow ... pulut kuning, itu yang kami usik. Jarang majlis kenduri, saya jumpa dengan pulut kuning. Habis menyantap, kami diminta oleh rakan tuan rumah untuk selagu dua - sound check, kata orang sekarang. Selesai beberapa lagu, DJ mengambil alih tugas. Kami berehat seketika sementara menanti jam 11.30 pagi untuk mula bermain seperti yang dipinta oleh tuan rumah. Kemudian kami pun bermula apabila masa yang dijanji. Beberapa lagu lama dialunkan, melihatkan pengunjung yang datang awal ini adalah lebih kepada warga otai. Anak Lima, Dendang Sayang dan beberapa buah lagu lama dimainkan. 

Disulam dan selang oleh DJ, kami bermain secara rali. Sesekali berhenti untuk melepas cungap. Hinggalah ke tengahari, waktu yang dinantikan tiba, kami mengiring pengantin dan persembahan silat dari aliran Silat Langkat Tiga. Kemudian menyambung beberapa lagu sebelum kami berhenti seketika. DJ mengambil peranan. Hinggalah jam 2.15 petang, perut saya mencanak - lapar! Saya mengisyaratkan rakan-rakan untuk bermain. Beberapa lagi hindustan dan mood rancak saya mainkan. Done! Tutup kedai dan kami makan. 

Alhamdulillah ... syukurlah majlis berjalan lancar dan kami dapat menjalankan tugas bergendang seperti yang dipinta. Lebih kurang jam 3.00 kami memohon diri beransur. Apabila tayar mencecah jalan, kehangatan mula mengigit. Ditambah dengan sesak lalu-lintas yang bagai tidak berkesudahan. Sesekali diserang kantuk. Namun alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 petang kami sampai.

Terima kasih - kepada rakan, tuan rumah yang sudi menjemput kami. Juga kepada rakan-rakan yang terlibat untuk kali ini.

Read more...

Undangan di Shah Alam, Seksyen 24 : 1 Jun 2013






Kali ini di Shah Alam pula. Terima kasih atas jemputan tuan rumah.

Read more...

Di Putrajaya - 18 Mei 2013







Lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lagipun inilah jemputan pertama buat grup kami untuk tahun ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami. Selama tiada apa-apa aktiviti, saya menyertai pasukan Komuniti Keriwarisan - mempelajari serba-sedikit perihal tanjak/destar/tengkolok dan pemakaian cara Melayu. Meskipun masih di peringkat awal, saya cuba menerapkan terlebih dahulu pada kumpulan. 

Tahun ini dan seterusnya, kalau bergendang ke mana-mana, Insya-Allah akan memakai / berbusana Melayu, yakni bertanjak, samping, baju sikap (masih belajar tentang baju ini) dan seterusnya. Tujuannya sekaligus untuk menghidupkan semula pemakaian cara lama. Selain dari memakai pakaian rasmi, warna hitam, saya rasa sudah sampai masanya untuk mengenegahkan pula dengan pemakaian yang lebih segar dan beraneka warna.

Jadi, majlis di Putrajaya buat pertama kalinya, kami memakai sedikit lain dari kebiasaan, tiada lagi songkok, kini ditukar kepada tanjak. Alhamdulillah, penerimaan amat baik dari pengunjung yang hadir. Sesekali membawa perubahan demi meneruskan kesinambungan warisan seni ini agar lebih dipandang tinggi dan dapatlah dimartabatkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi, mungkin, amin.

Read more...

Saturday, December 29, 2012

E-mel Baru Kami

Salam hormat,

E-mel terbaru kini adalah gemalakasturi@gmail.com - mohon maaf kerana emel lama kami menghadapi masalah. Harap dapat menggunakan emel baru kami untuk segala urusan. 

Terima kasih.

Read more...

Wednesday, December 12, 2012

DI Hotel Concorde, Shah Alam




Terima kasih atas jemputan Dr Radzuan. 24.11.12

Read more...

Bermain Di Puchong



Terima kasih atas jemputan tuan rumah.

Read more...

Thursday, October 18, 2012

Bengkel Seni Tari 8-9 Okt 2012 - Muzium Shah Alam


Kebetulan saya agak lapang pada tarikh tersebut, dan rakan saya dari Keris Warisan, En Johan Iskandar menjemput saya untuk menjadi pembantu bagi bahagian gendang silat. Sebenarnya beliau dijemput oleh pihak PADAT (Muzium Shah Alam) untuk membentangkan kertas kerja berkenaan Silat Pengantin.

Manakala saya, Pakman Kampar, Sdr Hazuan dan Jasiman pula dari wakil Gemala Kasturi dan PERSIM (Persaudaraan Silat Melayu). Saya dan Pakman seawalnya sudah sampai di sana, jam 7.00 pagi bagi mengelakan kesesakan lalu-lintas. Maklumlah, hari bekerja. Lebih kurang jam 9.00 pagi majlis bermula. 


Penerangan tentang silat pengantin diadakan. Satu demi satu dibariskan tentang adat-istiadat, pantang larang dan sebagainya yang sangat menarik serta saya sendiri memang tak tahu. Tidak lama kemudian sesi praktikal diadakan bagi membolehkan peserta memahami sendiri apa yang dimaksudkan oleh beliau sesudah demo oleh Sdr Hazuan dan Jasiman. Lama juga sesi praktikal ini, memandangkan seorang demi seorang peserta dimestikan untuk menjalani latihan praktikal. Kemudian sesi 'kembangan' dan 'buah' juga diadakan, bagi memperlihatkan keindahan seni silat tari yang mempunyai falsafah dan maksud yang tersirat.

Jam 1 petang lebih kurang, sesi berakhir. Kami sebagai wakil Gemala Kasturi dan PERSIM mengucapkan terima kasih atas undangan En Johan dan juga pihak Muzium Shah Alam.







Read more...

Dewan Perumahan Kastam Kelana Jaya : 6 Oktober 2012



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP