Terima Kasih Muzium Kesenian Islam
KGGK ada baru-baru menghantar emel kepada beberapa jabatan dan badan berkanun. Tapi dalam banyak-banyak itu, hanya Muzium Kesenian Islam sahaja yang membalas. Saya fikir itu sudah memadai, siapa tahu akan datang mereka akan memanggil KGGK. Bahasanya cukup lunak, sejuk hati. Tak mengapalah, lega juga hati kerana ada yang sudi membalas. Saya perturunkan di sini untuk tatapan rakan-rakan. Mungkin yang lain-lain belum ada kesempatan agaknya untuk membalas emel kami. :)
Salam sejahtera dari Muzium Kesenian Islam Malaysia!
Terlebih dahulu saya bagi pihak MKIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Insha’Allah pihak kami akan menghubungi saudara Khairul jika ingin menggunakan khidmat KGGK dalam majlis yang dianjurkan oleh MKIM.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment